Tuesday, October 26, 2010

Mahasiswa berpolitik: Retorik Umno yang hampir kalah

Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut. Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makinmemakan diri mereka.
Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah. Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?
Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan?hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno. Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, khairy di jadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.
Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik khairy bersama dengan Pakatan. Semua sedia maklum, kenyataan khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno. Seeloknya khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti. Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat di laksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiwa di sekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Mahasiswa: Perbetulkan persepsi mahasiwa berkenaan pakaian Islam


Semakin kita melepaskan pentadbiran kepada Umno maka akan semakin kusut masa depan negara. Begitulah antara hipothesis yang boleh kita simpulkan. Bagi mereka yang menyedari hakikat ini, marilah sama- sama kita beri yang terbaik kepada negara. Jalan hidup yang diredhai ialah Islam. Maka, Islamlah kamu nescaya kamu selamat. Selamatlah negara kita kalau kita memberi mandat pemerintahan kepada pemerintah yang tepat iaitu Islam.
Pelbagai cabaran yang datang dan fitnah yang melanda ummat Islam sekarang. Bukan sahaja daripada orang- orang kafir, tetapi fitnah yang dibawa sendiri oleh orang yang mengaku Islam. Menganjurkan program Islam, tetapi hanya plastik luaran. Pengisian yang telah merosakkan imej Islam dan memberi gambaran yang teruk kepada muslimah. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi? Hal ini menunjukkan kejahilan agama berleluasa. Berlaku di sebabkan sistem pendidikan yang mengabaikan aspek akhlak dan pakaian Islam. Sistem sekular yang megabaikan dan tidak memperkemaskan ajaran Islam kepada pelajar- pelajar sekolah.
Jika di lihat di kampus- kampus juga, sistem undang- undang pakaian tidak ketat dalam perlaksanaan sahsiah rupa diri mengikut acuan Islam. Sahsiah rupa diri yang di keluarkan seolah- olah membenarkan pakaian yang mendedahkan aurat. Tidak ada saman atau denda kepada pelajar- pelajar yang tidak menutup aurat. Mahasiswa perlu menyedari bahawa pihak pentadbiran tidak menitik beratkan hal Islam. Maka dilepaskan begitu saja. Sebagai mahasiswa, marilah sama- sama kita sedar dan perbetulkan permasalahan ini.
Kita sebagai mahasiswa perlu menggerakkan program- program bagi menerangkan semula bentuk dan ciri- cirri pakaian muslimah serta akhlak yang di tuntut Islam. Perlu kita membentuk pemikiran mahasiswa berkenaan pakaian Islam yang sebenar dan kita perlu mendedahkan bahawa telah banyak fitnah terhadap Islam di jalankan melalui pakaian. Program umpamanya Fiqh wanita perlu di gerakkan. Agar mahasiswa menyedari hakikat sebenar penipuan musuh- musuh Islam.
Mahasiswa perlu menjadi agen- agen yang membawa Islam. Pemuda- pemudi yang akan meruntuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Friday, October 22, 2010

MENARA WARISAN: NAJIB MEWARISI KEKEJAMAN TERHADAP RAKYAT DAN MAHASISWA

Perdana menteri, Najib Razak sememang seorang Perdana menteri yang prihatin. Prihatin dengan peninggalan dahulu. Terlalu sangat prihatin. Perdana menteri mencadangkan pembinaan menara warisan 100 tingkat. Amat menarik. Menara warisan sebagai lambang negara maju. Apa kaitanya negara maju dengan menara warisan?
Keadaan kini menampakkan pembaziran kerajaan kepada perkara yang sia- sia. Jika projek sebegini di luluskan, maka akan banyak duit rakyat akan di perah. Semakin kembung pula poket orang- orang mereka. Kerajaan pusat bukan lah kerajaan yang membela rakyat. Kita terfikir, kenapa Najib beriya mahu membina menara warisan sedangkan banyak perkara yang di perlukan kepada perkara lain.
Mahasiswa dan para pelajar merupakan pemimpin masa depan negara. Golongan sebegini sebenarnya waris negara. Membina waris negara. Bukan membina menara warisan. Sepatutnya peruntukan untuk membina menara tersebut di salurkan kepada kalangan mahasiswa. Di beri biasiswa kepada mahasiswa atau golongan yang kurang kemampuan. Mengurangkan yuran pembelanjaan mahasiswa di kampus- kampus. Membina penempatan yang secukupnya kepada mahasiswa. Membina infrastuktur di universiti supaya pembelajaran menjadi lebih lancar.
Rakyat ternyata susah dengan pembinaan menara warisan yang belum pasti lagi fungsinya. Projek ini hanyalah alasan untuk meluluskan proses mengeluarkan duit negara kemudian di masukkan ke poket masing- masing. Jika kerajaan prihatin, hapuskan segala bayaran di sekolah- sekolah. Beri bantuan kepada semua sekolah sama ada sekolah kerajaan atau sekolah agama rakyat(SAR). Menara warisan ini hanya sebagai lambang Najib mewarisi kekejaman kerajaan ke atas rakyat. Sama- sama kita gerakkan rakyat. Kita ubah kerajaan. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Thursday, October 21, 2010

HEBATNYA ROSMAH MANSOR

Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia. Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini.
Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala social buang bayi ke Belgium. Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama. Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala social sering berlaku dalam Negara kita. Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad. Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Begini kah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.
Kini, Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program di beri nama Islamic fesyen show. Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka. Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa kamal attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa. tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.
Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri. Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan. Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk. Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.