Tuesday, August 17, 2010

IPTA: rekrut JI atau masalah sosial?

salam.. moga Ramadhan kali ini beri makna yang istimewa. Semoga berkat ramadhan memberi semangat dan istiqamah dalam amalan menegak syahadah dan menegakkan Al-haq. ustaz fadzil noor pernah sebut. kita berjuang bukan untuk mencari kebenaran. sebab kebenaran itu telah ada. nabi telah bawa kebenaran itu. tapi kita berjuang ini untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya. tempat tertinggi.
Jangan kita merasa terlalu takut dengan desakan atau ugutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. mereka mengugut kerana mereka takut kepada kebenaran. sebab itu mereka menyembunyikan perkara yang boleh menggugat mereka. walaupun perkara tersebut adalah kebenaran. mereka menyembunyikan kebenaran. malal lebih buruk lagi, mereka meletak kebenaran bukan pada tempat yang sesuai.
isu ini mungkin satu isu yang telah lama. tapi perlu juga kita mengimbau. buat ingatan. kalau di lupakan saja, maka golongan sesat ini akan terus bermaharaja lele. mereka saja untuk mengubah topik atau isu. isu berkenaan JI menular ke IPTA. kita minta mereka buktikan. sampai sekarang tidak ada bukti. kalau perkara benar. mesti ada bukti. kenapa mereka tidak berani mengemukakan bukti kepada umum. perkara ini serius. melibatkan keselamatan negara. sepatutnya perlu kepada penjelasan kepada rakyat. supaya rakyat boleh berjaga- jaga. isu ini berkaitan keselamatan negara. sepatutnya pihak kerajaan lebih bertanggungjawab memberi penjelasan yang lebih telus dan terang. kenapa perlu sembunyi dan di lihat ada kesamaran dalam isu ini. kita minta, secara baik pihak bertanggungjawab menjelaskan isu ini kepada rakyat supaya lebih jelas.
apa yang kita tahu, sejak sekian lama IPTA tidak melahirkan pengganas seperti JI, tetapi jelas IPTA mengRekrut masalah sosial masyarakat. tidak ada polisi mengelakkan pergaulan bebas. pergaulan bebas, aktiviti hedonisme dan maksiat di kampus dilihat barah dalam masalah ummah. kenapa kerajaan tidak mengambil serius perkara ini. malah membiarkan saja. lebih malang apabila mereka lebih mementingkan bangsa berbanding agama. sepatutnya, polisi sebegini yang mesti di ambil tahu juga oleh kerajaan. tetapi kerana kepala kerajaan yang telah rosak, maka badannya juga menjadi rosak. masalah- masalah sebegini telah memberi sumbanagn kepada penzinaan, buang bayi melibatkan pelajar IPTA. malah ada kemungkinan juga bayi di buang di dalam kampus.
aktiviti maksiat di luluskan, hiburan melampau menyebabkan orang islam menjadi lalai. tidak solat dan ponteng puasa. kenapa aktiviti sebegini mudah di luluskan. adakah pihak pentadbiran IPTA jahil agama. tidak ada penasihat? atau tidak ada polisi dari akta IPTA? sistem pakaian yang mendedah aurat. sahsiah rupa diri yang rosak. meluluskan sahsiah rupa diri yang menunjukkan kejahilan pemerintah. masalah- masalah seperti ini tidak di bendung. mungkin satu ketika akan keluar kenyataan pelajar IPTA paling ramai menggugurkan anak. ataupun statement, bayi di buang di IPTA.. sedarlah. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Thursday, August 12, 2010

PERINGATAN: KISAH PINGGAN EMAS DAN RAMADHAN

SALAM RAMADHAN.. SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN. RAMADHAN KALI INI DI HARAP MEMBERI MAKNA YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA. DALAM KITA MENGHARAPKAN RAMADHAN MENJADI BAIK, BUKAN HANYA PADA LAFAZ DI MULUT. HANYA MENARI- NARI DI PENTAS LIDAH. SEPERTI PINGGAN DAN MAKANAN. IBARATNYA, KITA MEMBELI PINGGAN YANG MAHAL, PINGGAN BERSALUT EMAS. MEMANG MAHAL. TETAPI KITA GUNA PINGGAN TU UNTUK ISI NASI KOSONG SAJA. TIDAK ADA KUAH ATAUPUN LAUK. KITA TETAP TIDAK BOLEH MAKAN PINGGAN TU. YANG KITA MAKAN ITU HANYA NASI. PINGGAN TU HANYA LUARAN SAJA. YANG SEDAP ITU MAKANAN YANG DI ISI DALAM PINGGAN. KALAU KITA GUNA PINGGAN YANG MURAH TETAPI MAKANAN SEDAP DAN BERKHASIAT, HALAL LAGI BAIK, ITULAH YANG SEBENARNYA. YANG KITA PERLUKAN UNTUK SEDAP ITU MAKANAN. PINGGAN SEBAGAI BEKAS SAJA.
SANA JUGA KITA DENGAN BULAN RAMADHAN INI. KITA HANYA MELAFAZKAN RAMADHAN BULAN BERKAT, BULAN MULIA. TETAPI KITA SENDIRI TIDAK MENGISI RAMADHAN DENGAN PENGISIAN YANG BAIK. MAKA SEGALA LAFAZ KITA TADI TIDAK ADA MAKNA JUGA. YANG PENTING PENGISIAN DAN AMALAN KITA. UNTUK KITA JADI SEDAP.
SAMA LA JUGA DENGAN KONSEP NEGARA ISLAM. BUKAN PADA LAFAZ SAJA. TAPI PADA PERBUATAN JUGA. KALAU KITA MENYEBUT MALASIA SEBAGAI NEGARA ISLAM TETAPI TETAP IKUT AJARAN SSEKULAR, ITU BUKAN ISLAM. ISLAM INI TIDAK BOLEH DI TAMPAL- TAMPAL. SLOGAN2 ISLAM, BINA UNIVERSITI ISLAM, BANK2 ISLAM TETAPI DASARNYA TIDAK ISLAM MAKA TIDAK DIKATAKAN NEGARA ISLAM. ISLAM ITU MENYELURUH. MASUKLAH ISLAM DENGAN MENYELURUH. UMNO ITU JAHIL. MEREKA KATA MALAYSIA DAH NEGARA ISLAM. MEREKA KENA BERGURU DENGAN PAS UNTUK BAWA NEGARA KE ARAH ISLAM. BUKAN PADA NAMA SAJA. SEPERTI SEEKOR LEMBU. SAINTIS AMBIL SEEKOR LEMBU UNTUK PEMBEDAHAN. DIKERAT KAKI LEMBU. KEMUDIAN DI GANTI DENGAN KAKI MANUSIA. TELINGA LEMBU DI TAMPAL DENGAN TELINGA MANUSIA. ADAKAH LEMBU ITU AKAN JADI MANUSIA? TETAP TIDAK JADI MANUSIA. SEBAB DASAR ITU LEMBU. ASALNA LEMBU. TETAP TIDAK DINAMAKAN MANUSIA.
MAHAL MACAM MANA SEKALIPUN SLOGAN, KATA-KATA, TETAPI PENGISIAN DAN DASAR TIDAK BERMAKNA, MAKA SEMUANYA ITU TAK ADA ERTI. SERUPA JUGA KITA BERPAKAIAN HEBAT. BERJUBAH MAHAL, BERSERBAN TEBAL. TETAPI ILMU KITA TIDAK ADA, MAKA JUGA TAK BERGUNA. KITA KENA BERUSAHA MENCARI ILMU TERSEBUT UNTUK SEPADAN DENGAN PAKAIAN KITA ITU. JANGA JADI SEPERTI SEBUAH KEBUN. PAGARNYA CANTIK. BERBATU. DI CAT. UKIRAN PAGAR KEMAS. CONFIRM TAK ADA GANGGUAN HAIWAN ATAU KECURIAN. TAPI, BILA KITA INTAI DALAM PAGAR TU, KITA NAMPAK HANYA ADA SATU POKOK KECIL SAJA. ITU PUN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. PAGAR CANTIK TAPI HASIL TAK ADA.
BERSAMA- SAMA LAH KITA MENCARI ANG TERBAIK. AMALAN YANG BAIK DAN BERTERUSAN. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG.

Thursday, August 5, 2010

UMNO buat kelakar

Salam sekalian alam... kebelakangan ini berlaku banyak perkara yang menyebabkan kita tertanya- tanya. Masalah- masalah pelik kian banyak. Mungkin ini bukti- bukti bahawa akibatnya manusia dan masyarakat membelakangi Islam sebagai cara hidup. Isu terbaru berlaku kini, kita merasa pelik kenapa UMNO beriya- iya mahu sangat bergabung dengan PAS. Isu yang dah di bangkitkan lama dulu. Di mainkan semula. Tapi kenapa bergabung kerana Melayu. Itulah yang kita pelik. Mereka mengaku Islam. tetapi tak nak bertukar kepada Parti Islam.
Dalam isu perlembagaan Malaysia, kita boleh lihat bagaimana cerdiknya orang barat dan betapa ceteknya akal pemimpin UMNO dulu. Sewenang- wenangnya mereka menerima perlembagaan yang di rangka oleh penjajah. Mereka mengaku bahawa mereka sebagai hero kononnya membebaskan negara dari penjajahan. Sebenarnya mereka di tipu oleh orang barat. Pemimpin macam inikah yang kita nak? Mereka telah merosakkan masa depan negara, mereka telah merosakkan Agama Islam. Tidak ada hukum Islam. Tidak ada undang- undang Allah dan gejala sosial bertambah.
Kes terbaru, Ling Liong Sik di tangkap kerana menipu kabinet. Satu kenyataan yang agak kelakar. bertapa dungunya kerajaan. Ditipu oleh menteri sendiri. di mana ketelusan kerajaan. kerajaan macam ni perlu di tumbangkan. Kita bongkar lebih banyak penyelewengan mereka. sebab itu UMNO nak bergabung. Bukan nak selamatkan melayu. Tapi nak menyelamatkan perut mereka. Kalau nak melayu selamat. Pas juga memperjuangkan melayu dan juga tidak mengabaikan bangsa lain. Kerana Pas membawa Islam dan Islam itu rahmat kepada sekalian alam. Islam adil untuk semua. Adakah UMNO tak percaya dengan Islam? Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan BN terus berkuasa. Rakyat telah menyedari penyelewengan BN ini. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.