Tuesday, October 27, 2009

UMNO HALANG KEBANGKITAN ISLAM


UMMAT ISLAM KINI MENJADI SEMAKIN TERDESAK DAN TERTINDAS SEJAK SEKIAN HARI INI. SEGELINTIR UMMAT ISLAM YANG SEDAR BERUSAHA UNTUK KEMBALI KEPADA KEGEMILANGAN ISLAM IAITU MEMBENTUK KEMBALI SEBUAH KHALIFAH ISLAM UNTUK MENTADBIR DUNIA. TETAPI MALANGNYA, SEGALA USAHA ITU DI BENTENGI OLEH ORANG ISLAM SENDIRI. ORANG ISLAM ITU DI DOKTRIN MINDA MEREKA OLEH BARAT UNTUK MENJAJA NILAI-NILAI SEKULAR DALAM KEHIDUPAN.
MARUAH UMMAT ISLAM TERCABAR SETELAH KEJATUHAN PADA TAHUN 1924 DI TANGAN PENGKHIANAT, MUSTAFA KAMAL ATTARTURK DENGAN BANTUAN BRITISH. SEJAK ITU UMMAT ISLAM TERKUJUR SEOLAH-OLAH MATI. SEBENARNYA UMMAT ISLAM ITU TIDAK MATI,TETAPI HANYA TIDUR. ORANG YANG TIDUR AKAN BANGUN SEMULA. AWAS MUSUH ISLAM, UMMAT ISLAM AKAN BANGKIT. BINASALAH KAMU SEKALIAN TERMASUK PEJUANG NASIONALISME.
UMMAT ISLAM DIKATAKAN SEDIKT. KITA BUKAN SEDIKIT DARI SEGI BILANGAN TETAPI SEDIKIT DARI SEGI KEKUATAN.PERSOALANYA, MENGAPA KITA TIDAK KUAT SEDANGKAN KITA RAMAI? SEMUA INI KERANA NASIONALISME. EROPAH DAN BARAT TELAH MEMECAHKAN PENDUDUK DUNIA KHUSUSNYA UMMAT ISLAM KEPADA BLOK-BLOK BANGSA. BANGSA ARAB YANG SATU KETIKA DULU BERJUANG BERSAMA-SAMA NABI TELAH DIPECAH-PECAHKAN OLEH NASIONALISME MENJADI BERPULUH-PULUH PUAK. ARAB DENGAN ARABNYA. PARSI DENGAN PARSINYA. PAKISTANI DENGAN PAKISTANINYA. TURKI DENGAN TURKINYA. INDONESIA DENGAN INDONESIANYA DAN MELAYU DENGAN MELAYUNYA. UMMAT ISLAM DI PISAHKAN OLEH BENTENG NASIONALISME YANG DIPERKENALKAN BARAT. SIAPA YANG MEMPERJUANGKAN NASIONALISME DALAM NEGARA KITA? UMNO!! MEREKA TELAH MEROSAKKAN KEKUATAN UMMAT ISLAM. MEREKA MENGHALANG KEBANGKITAN ISLAM.
UMMAT ISLAM MEMPUNYAI TIGA KEKUATAN YANG MENJADI KETAKUTAN KEPADA BARAT. PERTAMA, KESATUAN AKIDAH YANG MANTAP DAN MUDAH DIFAHAMI. DENGAN MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, SESEORANG ITU TELAH DI IKTIRAF SEBAGAI ISLAM. ITULAH KESATUAN UMMAH. KESATUAN DARI SEGI AKIDAH. DENGAN KEKUATAN INI UMMAT ISLAM MAMPU BERGABUNG TENAGA TANPA MENGIRA SIAPA DAN APA BANGSA MEREKA. YANG PENTING MEREKA ITU ISLAM. SESIAPA YANG MENENTANG ISLAM PASTI AKAN DI PERANGI. EROPAH DAN BARAT GAGAL UNTUK MEMECAHKAN AKIDAH UMMAT ISLAM KERANA INI MERUPAKAN AKIDAH YANG MUDAH DI FAHAMI.
KEDUA, KEKAYAAN HASIL BUMI YANG MEMBERI SUMBER EKONOMI DAN TENAGA KEPADA SESEBUAH NEGARA. SEMUA HASIL KEKAYAAN ITU TERLETAK DALAM BUMI UMMAT ISLAM. SEBAB ITULAH MEREKA MENJAJAH UNTUK MENDAPAT HASIL BUMI UMMAT ISLAM. MEREKA INGIN MEROSAKKAN DAN MENGAUT KEUNTUNGAN UMMAT ISLAM. JIKA MEREKA MENINGGALKAN SESEBUAH NEGARA JAJAHAN, SEBENARNYA MEREKA MENINGGALKAN WARIS DI BUMI UMMAT ISLAM ITU UNTUK MEMASTIKAN AGENDA MEREKA MEROSAKKAN KESATUAN UMMAT ISLAM ITU BERJAYA. MEREKA MASIH MENDAPAT KEKAYAAN UMMAT ISLAM HINGGA KINI.
KETIGA, KEKUATAN UMMAT ISLAM INI TERLETAK PADA BILANGAN UMMAT ISLAM YANG BANYAK. UMMAT ISLAM BERJAYA MEMBIAKKAN RAMAI PENGIKUT. SEHINGGAKAN HUKUM DALAM ISLAM YANG MEMBENARKAN UMMATNYA MEMILIKI LEBIH DARI SATU ISTERI IAITU TA’ADUD ZAUJAH. PERKARA INI AMAT DIBIMBANGI OLEH EROPAH DAN BARAT SEHINGGA MEREKA MEMBURUK-BURUKKAN IMEJ POLIGAMI DALAM ISLAM. TERDAPAT JUGA ORANG ISLAM YANG TERACUN MINDANYA OLEH DAKYAH BARAT ITU YANG MEMPERTIKAIKAN HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM. SEBENARNYA HUKUM ITU DAPAT MEMBERI SATU KEKUATAN KEPADA ISLAM.
SEBENARNYA KITA INI BERADA DALAM WEHDATUL ISLAM IAITU KESATUAN ISLAM YANG MENYATUKAN MANUSIA DARI MEKAH KE CHINA ,DARI MALAYSIA KE LATIN. KITA INI IALAH KESATUAN MASYARAKAT YANG BERGERAK DALAM WEHDATUL HARAKAH IAITU KESATUAN GERAKAN. KITA MENGAJAK UMMAT ISLAM BERADA DALAM STU GERAKANISLAM YANG SEBENARNYA. TIDAK PERLU ADA BANYAK GERAKAN ISLAM DALAM SESEBUAH NEGARA. KITA BERJUANG MENDAULATKAN ISLAM. KITA BERUSAHA MERUNTUHKAN BENTENG NASIONALISME YANG DI BINA PENJAJAH. MARILAH BERSAMA-SAMA PERJUANGAN ISLAM UNTUK MENOLAK DASAR PERJUANGAN UMNO YANG BERPAKSIKAN NASIONALISME DAN MENGAMALKAN SEKULARISME. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG.

Monday, October 26, 2009

SEJAHTERA DI DUNIA MEMBAWA KE SYURGA


ISLAM MERUPAKAN AD-DIN IAITU SATU JALAN HIDUP. MUSLIM HENDAKLAH MENGAMBIL AD-DIN SEBAGAI CARA HIDUP MEREKA. MENGAMBIL CARA HIDUP ISLAM SEPENUHNYA TANPA ADA SUKU-SUKUAN DALAM ISLAM. SEBUAH HADIS NABI “ISLAMLAH KAMU NESCAYA KAMU SEJAHTERA”.
HAL INI MENUNJUKKAN ISLAM MERUPAKAN JALAN HIDUP YANG MEMBERI KESEJAHTERAAN KEPADA PENGANUTNYA. PERKARA INI DI JANJIKAN SENDIRI OLEH RASULULLAH DAN JANJI TERSEBUT PASTI TEPAT. APA YANG DI KATAKAN SEJAHTERA? DAN BAGAIMANA HENDAK SEJAHTERA?
SEJAHTERA TERSEBUT BERMAKSUD UMMAT ISLAM SELAMAT DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT. ACUAN KEPADA SEJAHTERA YANG DIMAKSUDKAN TERSEBUT IALAH MERANGKUMI AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK. UMMAT ISLAM MEMPUNYAI SATU AKIDAH YANG MANTAP. KEBERGANTUNGAN HANYA KEPADA ALLAH TANPA ADA PENYEKUTUAN. BERSERAH DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH. YAKIN BAHAWA YANG MENURUNKAN REZEKI DAN BALA HANYALAH DARI ALLAH. MANUSIA ATAU MAKHLUK TIADA KUASA UNTUK MEMBUAT SEMUA ITU. AKAR YANG MENCENGKAM KUKUH TIDAK AKAN MUDAH UNTUK DI TUMBANGKAN.
SYARIAH JUGA TERMASUK DALAM ACUAN SEJAHTERA INI. UMMAT ISLAM TIDAK BOLEH MENGAMBIL HUKUM ISLAM SECARA SUKU-SUKUAN. KALAU RASA SESUAI DENGAN KEHENDAK DAN KEPANTINGAN MEREKA, DIAMBIL. TAPI, KALAU HUKUM TERSEBUT MENYEKAT NAFSU MEREA, SECARA TERANG DITOLAK. UMMAT ISLAM MESTI MENERIMA HUKUM ISLAM YANG DAH TETAP(QAT’I) SEBAGAI HUKUM DALAM KEHIDUPAN. MEREKA MESTI BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH. JIKA TIDAK, MEREKA ADALAH FASIK DAN ZALIM.BAGAIMANA NAK MENDAPAT KESEJAHTERAAN KALAU MENOLAK HUKUM ALLAH? BAGAIMANA NAK SEJAHTERA DI AKHIRAT KALAU DI DUNIA BERJUANG DENGAN SISTEM SEKULAR?
AKHLAK ISLAMI MEMANG DITUNTUT DALAM ISLAM. SEBAGAI SEORANG MUSLIM, KITA PERLU MEMPUNYAI SATU AKHLAK YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM UNTUK MEWUJUDKAN AD-DIN. RASULULLAH MEMPUNYAI AKHLAK YANG TERPUJI. MUSLIM MESTI MENGIKUT SUNNAH RASUL KERANA BAGIDA MERUPAKAN IKUTAN KITA. AKHLAK ISLAMI SEPERTI AMANAH, BERBAIK SANGKA, IKHLAS RAJIN DAN LUHUR ADALAH DITUNTUT OLEH ISLAM. MALANGNYA HARI INI, ORANG YANG MENGAKU ISLAM TIDAK MEMPUNYAI AKHLAK ISLAM. PECAH AMANAH BERLELUASA. RASUAH SEMAKIN MENJADI-JADI. MEMISAHKAN UMMAT MENGIKUT BANGSA-BANGSA. ORANG SEMAKIN MALAS. MEMBELA RAKYAT DENGAN TIDAK IKHLAS. MEMBUAT PEMBANGUNAN TIDAK ADA SIFAT IKHLAS. MENTADBIR BUKAN KERANA ALLAH.
OLEH ITU, BERSAMA-SAMALAH KITA BERGERAK KEARAH KEBAIKAN. MENOLAK SEKULAR. KITA AMBIL ISLAM SEPENUHNYA. KITA AMALKAN AJARAN ISLAM SYUMUL DALAM KEHIDUPAN KITA. KUKUHKAN AKIDAH KITA, KEMBALI KEPADA ISLAM DAN BERAKHLAKLAH DENGAN AKHLAK YANG SEMPURNA. MOGA-MOGA KITA MENDAPAT KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DAPAT MEMBAWA KESEJAHTERAAN ITU KE AKHIRAT. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG

Wednesday, October 21, 2009

MPP Pahang GAGAL

Salam juang buat mahasiswa sekalian. Kehidupan sebagai mahasiswa merupakan satu detik yang amat mencabar. Sekalian perlu menjiwai semangat sebagai seorang mahasiswa. Satu zaman kebangkitan untuk menjadi seorang “manusia”. Bukan datang ke universiti untuk akademik semata-mata tetapi kita ada satu matlamat yang lebih besar. Matlamat itu ialah menuju Allah. Ma’rifatullah.
Kepimpinan mahasiswa menjadi asa penting dalam membentuk mahasiswa di kampus untuk menjadi mahasiswa yang Islamik dan lantang dalam masalah negara dan ummah. Suara mahasiswa perlu menjadi suara rakyat. Bukan suara untuk mahasiswa sahaja. Kesedaran mahasiswa terhadap kehidupan rakyat dan perlu menjiwai stiap tangisan rakyat. Kini, semangat sebegitu semakin pudar. Kepimpinan mahasiswa melaungkan Revolusi kepimpinan amat dihargai dan di sokong. Tetapi sejauh mana revolusi tersebut? Kemana arh revolusi itu? Jika di nilai. MPP sekarang GAGAL dalam revolusi ke arah penerapan nilai-nilai Islam. Penggal hadapan kita akan menyaksikan pertukaran kepimpinan pelajar. Slogan penggal ini hanya tinggal slogan saja. Tidak ada pembaharuan langsung. Yang ada hanyalah program hiburan bebas melepasi tapisan MPP.
Pada awalnya, laungan Revolusi kepimpinan dilihat satu anjakan kepada mahasiswa, tetapi akhirnya laungan itu hanyalah laungan retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Hanya perubahan kosmetik, tidak ada peribahan konkrit. Mahasiswa fikir, barisan kepimpinan MPP yang dilihat berperwatakan islamik itu dapat mengubah suasana kampus ke arah yang lebih baik, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sangkaan yang meleset sama sekali. Apakah mereka ini hanya seperti lembu di cucuk hidung. Di tarik oleh HEP untuk kemana-mana. Atau mereka mempunyai agenda tersembunyi bersama HEP. Kita boleh kenal bagaimana orang yang betul-betul ikhlas dan bagaimana orang yang hanya bergaya atau menjadikan watak Islamik itu sebagai “kulit” sahaja.
Pendek kata, MPP kali ini penuh dramatis. Retorik dan angan-angan kosong. Tidak ubah seperti UMNO baru-baru ini yang melaungkan penambahan rukun. Mereka tidak akan dapat berubah selagi dasar tertakluk kepada kepentingan dunia semata-mata. Tidak ada pengisian langsung. Hanya pandai melaungkan kata-kata. Ilusi semata-mata. Dan MPP kali ini GAGAL dalam perubahan kepada Islam memandangkan pimpinan mereka hanya berwatak Islamik tetapi berjiwa gimik. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Monday, October 19, 2009

BAGAN PINANG DAN PERANG HUNAIN


Keputusan PRK Bagan Pinang baru-baru ini telah memihak kepada parti kebangsaan iaitu UMNO. Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Bagan Pinang merupakan kawasan BN sejak dari dulu lagi. Calon yang diletakkan UMNO bukanlah sembarangan orang. Seorang tokoh politik terkenal, bekas MB Negeri Sembilan, bekas menteri kerajaan dan salah seorang bekas naib presiden UMNO. Kekuatan calon tersebut telah memenangi hati rakyat. Walaupun calon BN itu telah terpalit dengan amalan rasuah yang telah mengakibatkan beliau digantung daripada menjadi ahli UMNO. Kes rasuah beliau jelas sekali tidak memberi impak negatif kepada beliau. Hal ini menandakan UMNO telah berjaya menyembunyikan jenayah daripada pandangan rakyat. Syabas UMNO!!! Kerana berjaya menipu rakyat. Dan tahniah kerana berjaya menjulang rasuah.
Kekalahan PAS di Bagan Pinang akan menjadi satu pengajaran dan post mortem PRK tersebut. Setelah kita memenangi 7 PRK selepas PRU ke 12, kali ini tibalah masa untuk kita kalah pula. Untuk menilai kelemahan diri dan memperbaikinya. Hal ini merupakan satu momentum baru kepada pakatan rakyat untuk memenangi lebih banyak negeri pada PRU ke 13. Nyatalah kekalahan ini adalah sebagai madrasah diri kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Seketika, kita imbau kembali kisah peperangan HUNAIN pada zaman Rasulullah.
Setelah ummat Islam memperoleh banyak kemenangan dalam peperangan selepas peristiwa khandaq. Ummat Islam makin berkembang. Peperangan demi peperangan dimenangi. Tentera Islam bertambah ramai. Masa kian berlalu, Islam makin tersebar sehinggalah terjadinya peristiwa PEMBUKAAN KOTA MEKAH. Nabi Muhammad dan ummat Islam berjaya memasuki Kota Mekah dengan selesa walaupun terdapat sedikit tentangan dari kafir Quraisy. Nabi bertawaf dan membersihkan kaabah daripada patung berhala. Azan dilaungkan dan penduduk Kota Mekah di ampun kecuali orang-orang yang sangat kuat memusuhi Islam seperti Hendon, isteri Abu Sufian. Tetapi, akhirnya Hendon di ampunkan oleh Rasulullah. Ramai penduduk Mekah memeluk Agama Islam. Ummat Islam bertambah dan tentera Islam juga menjadi ramai.
Pada ketika yang sama,seorang pahlawan Quraisy telah dapat meloloskan diri keluar dari Mekah semasa penawanan Kota Mekah. Beliau ialah Ikrimah Abu Jahal. Ikrimah meminta bantuan penduduk Ghatfan untuk memerangi orang Islam. Maka, penduduk Ghatfan bersiap sedia untuk berperang. Berita tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah. Baginda memerintahkan Ummat Islam bersiap sedia dan berperang diluar Kota Mekah. Tentera Islam bersemangat untuk berperang. Semasa dalam perjalanan, tentera Islam begitu yakin untuk menang kerana mereka telah memperoleh banyak kemenangan sebelum ini walaupun jumlah mereka tidaklah sebanyak tentera dalam peperangan kali ini. Mereka terlalu yakin akan mencapai kemenangan sehingga lupa bahawa kemenangan mereka sebelum ini bukan bergantung kepada bilangan tentera tetapi atas bantuan Allah. Ketika peperangan, ummat Islam diperangi habis-habisan. Mereka hampir kalah walaupun bilangan mereka ramai. Ramai tentera yang lari lintang pukang. Keadaan menjadi semakin kacau. Pihak musuh mengejar ummat Islam yang lari. Seorang panglima Islam menjerit dan mengarah semua tentera Islam kembali ke medan perang semula. Pada waktu itulah mereka berjuang dan kembali kebergantungan kepada Allah.
Pada perang itu, Islam telah menang walaupun satu ketika Islam dilihat hampir terkujur. Sikap tentera Islam yang terlalu yakin dan terlupa kepada pertolongan Allah menyebabkan Islam hampir kalah. Kekalahan Pas di PRK Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjadi ingatan kepada kita agar jangan berasa sedap duduk dengan kemenangan berturut-turut sebelum ini. Perbaiki kelemahan dan bina strategi untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajahan minda barat yang di dokong UMNO dan Barisan Nasional. Kekalahan bagan Pinang menjadi satu momentum baru Pakatan Rakyat untuk terus melangkah gagah. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

MENTALITI UMNO DI TAHAP LAPUK

Hari kian berlalu, masa silih berganti dan usia makin meningkat. Tetapi mentaliti sesetengah golongan yang lagaknya sepeti orang tua masih di takuk lama. Tidak ke hadapan. Tetapi makin ke belakang. Golongan yang mentaliti kebudak-budakkan dan tidak mampu berada di atas kaki sendiri. Mereka masih mengharapkan kepada orang lain iaitu makhluk walaupun pada zahirnya kelihatan mereka seperti seorang pahlawan melayu. Hakikatnya mereka pengecut. Hanya menghunus keris sahaja tetapi berlindung di bawah naungan dan telunjuk Sang penjajah.
Mereka membawa negara kita kembali kepada masa lalu. Satu ketika, negara kita dilihat semakin maju dari segi pembangunan materialnya. Tetapi sejak parti pemerintah kian tua dan nyanyuk, mereka berubah membawa negara kembali ke belakang. Dalam isu bahasa, pada masa lalu mereka melaungkan bahasa jiwa bangsa. Mereka ingin memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sungguh kagum dengan semangat mereka mempejuangkan bahasa melayu. Dalam waktu yang sama mereka memberi kerosakan kepada sistem pendidikan jawi. Mereka menggunakan tulisan rumi dalam pendidikan. Kita kagum kepada semangat mereka memperjuangkan bahasa melayu sebagai lingua franca tetapi kita mengutuk mereka dalam penghapusan tulisan jawi. Inilah pendirian kita. Tulisan jawi dihapuskan adalah kerana pemerintah di dokongi oleh mentaliti sekularisme barat Sang penjajah.
Jika di lihat kepada sejarah kejatuhan pemerintahan Islam di Turki, Mustafa Kamal Attarturk meniupkan semangat kebangsaan kepada penyokong-penyokongnya. Mereka tidak mempedulikan semangat Islam. Mustafa Kamal dilihat sebagai seorang hero yang lantang melawan British. Padahal semua itu diatur oleh British. Rakyat Turki memandang Mustafa kamal sebagi pemimpin yang hebat dan dapat membawa pembaharuan kepada Turki. Selepas itu, sikit demi sikit beliau menjatuhkan Islam. sehingga beliau menggulingkan Khalifah Islam yang berpusat di Turki. Tidak terhenti di situ sahaja, Mustafa Kamal membuat perubahan drastik dan menolak hukum Islam. Azan dilaungkan dalam bahasa Turki, tidak boleh memakai serban dan sekolah kebangsaan di perkenalkan.
Persisnya pemerintahan Mustafa Kamal dengan kita selepas merdeka ialah pemimpin kita dilihat sebagai hero pembangunan zahirnya tetapi hakikatnya mereka menolak Islam dan dasar mereka adalah dari penjajah. Mereka dilihat bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan, tetapi hakikatnya mereka kroni dan kawan karib kepada penjajah. Mereka menutupi mata rakyat dengan kemerdekaan agar rakyat tidak nampak sifat kroni itu. Mereka menghapuskan sistem tulisan jawi yang mejadi asas kepada pengajian Al-Quran. Sekolah – sekolah agama rakyat di sekat bantuan kerajaan padahal tanggungjawab kerajaan pusat memberi pendidikan kepada semua rakyat kerana mereka adalah pemimpin. Mereka mengamalkan sekularisme dalam pentadbiran dan kehidupan mereka. Mereka menolak hukum Allah malah menyindir hukum-hukum Islam. Perjuangan sebeginikah yang membawa kita kepada keredhaan Allah? Secara logiknya, bagaimana UMNO dan Barisan Nasional dapat mendidik rakyat negara ini kepada nilai-nilai dan kehidupan sebagai seorang Islam sedangkan pemimpin itu sendiri menolak Islam.
Adakah benar Malaysia sebagai negara Islam sedangkan pemimpim menolak Islam? bagaimana pemimpin itu nak bawa negara kearah Islam kalau jahil? Perlembagaan hanya sebagai hiasan. Dalam perlembagaan tertulis Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Tetapi tindak-tanduk Malysia tidak seperti Islam. Persoalan yang seringkali menjadi pertanyaan rakyat. Rasuah berleluasa, jenayah makin meningkat, pembunuhan merata-rata, pendidikan yang lemah dan undang-undang yang zalim. Inilah akibatnya jika negara dipimpim oleh golongan yang jahil. Berilah kepimpinan negara kepada kepimpinan ulama agar Malaysia lebih bergerak maju dari segi pembangunan lahiriah dan batiniah. Rakyat perlu sedar dengan penindasan pemerintah Umno ini. Penindasan terhadap hak Islam sebagai Agama rasmi bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh alam. Islam adalah jalan hidup yan diiktiraf Allah. Marilah bersama berjuang mendaulatkan Islam dalam wadah demokrasi.Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.