Wednesday, October 21, 2009

MPP Pahang GAGAL

Salam juang buat mahasiswa sekalian. Kehidupan sebagai mahasiswa merupakan satu detik yang amat mencabar. Sekalian perlu menjiwai semangat sebagai seorang mahasiswa. Satu zaman kebangkitan untuk menjadi seorang “manusia”. Bukan datang ke universiti untuk akademik semata-mata tetapi kita ada satu matlamat yang lebih besar. Matlamat itu ialah menuju Allah. Ma’rifatullah.
Kepimpinan mahasiswa menjadi asa penting dalam membentuk mahasiswa di kampus untuk menjadi mahasiswa yang Islamik dan lantang dalam masalah negara dan ummah. Suara mahasiswa perlu menjadi suara rakyat. Bukan suara untuk mahasiswa sahaja. Kesedaran mahasiswa terhadap kehidupan rakyat dan perlu menjiwai stiap tangisan rakyat. Kini, semangat sebegitu semakin pudar. Kepimpinan mahasiswa melaungkan Revolusi kepimpinan amat dihargai dan di sokong. Tetapi sejauh mana revolusi tersebut? Kemana arh revolusi itu? Jika di nilai. MPP sekarang GAGAL dalam revolusi ke arah penerapan nilai-nilai Islam. Penggal hadapan kita akan menyaksikan pertukaran kepimpinan pelajar. Slogan penggal ini hanya tinggal slogan saja. Tidak ada pembaharuan langsung. Yang ada hanyalah program hiburan bebas melepasi tapisan MPP.
Pada awalnya, laungan Revolusi kepimpinan dilihat satu anjakan kepada mahasiswa, tetapi akhirnya laungan itu hanyalah laungan retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Hanya perubahan kosmetik, tidak ada peribahan konkrit. Mahasiswa fikir, barisan kepimpinan MPP yang dilihat berperwatakan islamik itu dapat mengubah suasana kampus ke arah yang lebih baik, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sangkaan yang meleset sama sekali. Apakah mereka ini hanya seperti lembu di cucuk hidung. Di tarik oleh HEP untuk kemana-mana. Atau mereka mempunyai agenda tersembunyi bersama HEP. Kita boleh kenal bagaimana orang yang betul-betul ikhlas dan bagaimana orang yang hanya bergaya atau menjadikan watak Islamik itu sebagai “kulit” sahaja.
Pendek kata, MPP kali ini penuh dramatis. Retorik dan angan-angan kosong. Tidak ubah seperti UMNO baru-baru ini yang melaungkan penambahan rukun. Mereka tidak akan dapat berubah selagi dasar tertakluk kepada kepentingan dunia semata-mata. Tidak ada pengisian langsung. Hanya pandai melaungkan kata-kata. Ilusi semata-mata. Dan MPP kali ini GAGAL dalam perubahan kepada Islam memandangkan pimpinan mereka hanya berwatak Islamik tetapi berjiwa gimik. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment