Monday, October 19, 2009

MENTALITI UMNO DI TAHAP LAPUK

Hari kian berlalu, masa silih berganti dan usia makin meningkat. Tetapi mentaliti sesetengah golongan yang lagaknya sepeti orang tua masih di takuk lama. Tidak ke hadapan. Tetapi makin ke belakang. Golongan yang mentaliti kebudak-budakkan dan tidak mampu berada di atas kaki sendiri. Mereka masih mengharapkan kepada orang lain iaitu makhluk walaupun pada zahirnya kelihatan mereka seperti seorang pahlawan melayu. Hakikatnya mereka pengecut. Hanya menghunus keris sahaja tetapi berlindung di bawah naungan dan telunjuk Sang penjajah.
Mereka membawa negara kita kembali kepada masa lalu. Satu ketika, negara kita dilihat semakin maju dari segi pembangunan materialnya. Tetapi sejak parti pemerintah kian tua dan nyanyuk, mereka berubah membawa negara kembali ke belakang. Dalam isu bahasa, pada masa lalu mereka melaungkan bahasa jiwa bangsa. Mereka ingin memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sungguh kagum dengan semangat mereka mempejuangkan bahasa melayu. Dalam waktu yang sama mereka memberi kerosakan kepada sistem pendidikan jawi. Mereka menggunakan tulisan rumi dalam pendidikan. Kita kagum kepada semangat mereka memperjuangkan bahasa melayu sebagai lingua franca tetapi kita mengutuk mereka dalam penghapusan tulisan jawi. Inilah pendirian kita. Tulisan jawi dihapuskan adalah kerana pemerintah di dokongi oleh mentaliti sekularisme barat Sang penjajah.
Jika di lihat kepada sejarah kejatuhan pemerintahan Islam di Turki, Mustafa Kamal Attarturk meniupkan semangat kebangsaan kepada penyokong-penyokongnya. Mereka tidak mempedulikan semangat Islam. Mustafa Kamal dilihat sebagai seorang hero yang lantang melawan British. Padahal semua itu diatur oleh British. Rakyat Turki memandang Mustafa kamal sebagi pemimpin yang hebat dan dapat membawa pembaharuan kepada Turki. Selepas itu, sikit demi sikit beliau menjatuhkan Islam. sehingga beliau menggulingkan Khalifah Islam yang berpusat di Turki. Tidak terhenti di situ sahaja, Mustafa Kamal membuat perubahan drastik dan menolak hukum Islam. Azan dilaungkan dalam bahasa Turki, tidak boleh memakai serban dan sekolah kebangsaan di perkenalkan.
Persisnya pemerintahan Mustafa Kamal dengan kita selepas merdeka ialah pemimpin kita dilihat sebagai hero pembangunan zahirnya tetapi hakikatnya mereka menolak Islam dan dasar mereka adalah dari penjajah. Mereka dilihat bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan, tetapi hakikatnya mereka kroni dan kawan karib kepada penjajah. Mereka menutupi mata rakyat dengan kemerdekaan agar rakyat tidak nampak sifat kroni itu. Mereka menghapuskan sistem tulisan jawi yang mejadi asas kepada pengajian Al-Quran. Sekolah – sekolah agama rakyat di sekat bantuan kerajaan padahal tanggungjawab kerajaan pusat memberi pendidikan kepada semua rakyat kerana mereka adalah pemimpin. Mereka mengamalkan sekularisme dalam pentadbiran dan kehidupan mereka. Mereka menolak hukum Allah malah menyindir hukum-hukum Islam. Perjuangan sebeginikah yang membawa kita kepada keredhaan Allah? Secara logiknya, bagaimana UMNO dan Barisan Nasional dapat mendidik rakyat negara ini kepada nilai-nilai dan kehidupan sebagai seorang Islam sedangkan pemimpin itu sendiri menolak Islam.
Adakah benar Malaysia sebagai negara Islam sedangkan pemimpim menolak Islam? bagaimana pemimpin itu nak bawa negara kearah Islam kalau jahil? Perlembagaan hanya sebagai hiasan. Dalam perlembagaan tertulis Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Tetapi tindak-tanduk Malysia tidak seperti Islam. Persoalan yang seringkali menjadi pertanyaan rakyat. Rasuah berleluasa, jenayah makin meningkat, pembunuhan merata-rata, pendidikan yang lemah dan undang-undang yang zalim. Inilah akibatnya jika negara dipimpim oleh golongan yang jahil. Berilah kepimpinan negara kepada kepimpinan ulama agar Malaysia lebih bergerak maju dari segi pembangunan lahiriah dan batiniah. Rakyat perlu sedar dengan penindasan pemerintah Umno ini. Penindasan terhadap hak Islam sebagai Agama rasmi bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh alam. Islam adalah jalan hidup yan diiktiraf Allah. Marilah bersama berjuang mendaulatkan Islam dalam wadah demokrasi.Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment