Tuesday, August 17, 2010

IPTA: rekrut JI atau masalah sosial?

salam.. moga Ramadhan kali ini beri makna yang istimewa. Semoga berkat ramadhan memberi semangat dan istiqamah dalam amalan menegak syahadah dan menegakkan Al-haq. ustaz fadzil noor pernah sebut. kita berjuang bukan untuk mencari kebenaran. sebab kebenaran itu telah ada. nabi telah bawa kebenaran itu. tapi kita berjuang ini untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya. tempat tertinggi.
Jangan kita merasa terlalu takut dengan desakan atau ugutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. mereka mengugut kerana mereka takut kepada kebenaran. sebab itu mereka menyembunyikan perkara yang boleh menggugat mereka. walaupun perkara tersebut adalah kebenaran. mereka menyembunyikan kebenaran. malal lebih buruk lagi, mereka meletak kebenaran bukan pada tempat yang sesuai.
isu ini mungkin satu isu yang telah lama. tapi perlu juga kita mengimbau. buat ingatan. kalau di lupakan saja, maka golongan sesat ini akan terus bermaharaja lele. mereka saja untuk mengubah topik atau isu. isu berkenaan JI menular ke IPTA. kita minta mereka buktikan. sampai sekarang tidak ada bukti. kalau perkara benar. mesti ada bukti. kenapa mereka tidak berani mengemukakan bukti kepada umum. perkara ini serius. melibatkan keselamatan negara. sepatutnya perlu kepada penjelasan kepada rakyat. supaya rakyat boleh berjaga- jaga. isu ini berkaitan keselamatan negara. sepatutnya pihak kerajaan lebih bertanggungjawab memberi penjelasan yang lebih telus dan terang. kenapa perlu sembunyi dan di lihat ada kesamaran dalam isu ini. kita minta, secara baik pihak bertanggungjawab menjelaskan isu ini kepada rakyat supaya lebih jelas.
apa yang kita tahu, sejak sekian lama IPTA tidak melahirkan pengganas seperti JI, tetapi jelas IPTA mengRekrut masalah sosial masyarakat. tidak ada polisi mengelakkan pergaulan bebas. pergaulan bebas, aktiviti hedonisme dan maksiat di kampus dilihat barah dalam masalah ummah. kenapa kerajaan tidak mengambil serius perkara ini. malah membiarkan saja. lebih malang apabila mereka lebih mementingkan bangsa berbanding agama. sepatutnya, polisi sebegini yang mesti di ambil tahu juga oleh kerajaan. tetapi kerana kepala kerajaan yang telah rosak, maka badannya juga menjadi rosak. masalah- masalah sebegini telah memberi sumbanagn kepada penzinaan, buang bayi melibatkan pelajar IPTA. malah ada kemungkinan juga bayi di buang di dalam kampus.
aktiviti maksiat di luluskan, hiburan melampau menyebabkan orang islam menjadi lalai. tidak solat dan ponteng puasa. kenapa aktiviti sebegini mudah di luluskan. adakah pihak pentadbiran IPTA jahil agama. tidak ada penasihat? atau tidak ada polisi dari akta IPTA? sistem pakaian yang mendedah aurat. sahsiah rupa diri yang rosak. meluluskan sahsiah rupa diri yang menunjukkan kejahilan pemerintah. masalah- masalah seperti ini tidak di bendung. mungkin satu ketika akan keluar kenyataan pelajar IPTA paling ramai menggugurkan anak. ataupun statement, bayi di buang di IPTA.. sedarlah. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment