Thursday, August 5, 2010

UMNO buat kelakar

Salam sekalian alam... kebelakangan ini berlaku banyak perkara yang menyebabkan kita tertanya- tanya. Masalah- masalah pelik kian banyak. Mungkin ini bukti- bukti bahawa akibatnya manusia dan masyarakat membelakangi Islam sebagai cara hidup. Isu terbaru berlaku kini, kita merasa pelik kenapa UMNO beriya- iya mahu sangat bergabung dengan PAS. Isu yang dah di bangkitkan lama dulu. Di mainkan semula. Tapi kenapa bergabung kerana Melayu. Itulah yang kita pelik. Mereka mengaku Islam. tetapi tak nak bertukar kepada Parti Islam.
Dalam isu perlembagaan Malaysia, kita boleh lihat bagaimana cerdiknya orang barat dan betapa ceteknya akal pemimpin UMNO dulu. Sewenang- wenangnya mereka menerima perlembagaan yang di rangka oleh penjajah. Mereka mengaku bahawa mereka sebagai hero kononnya membebaskan negara dari penjajahan. Sebenarnya mereka di tipu oleh orang barat. Pemimpin macam inikah yang kita nak? Mereka telah merosakkan masa depan negara, mereka telah merosakkan Agama Islam. Tidak ada hukum Islam. Tidak ada undang- undang Allah dan gejala sosial bertambah.
Kes terbaru, Ling Liong Sik di tangkap kerana menipu kabinet. Satu kenyataan yang agak kelakar. bertapa dungunya kerajaan. Ditipu oleh menteri sendiri. di mana ketelusan kerajaan. kerajaan macam ni perlu di tumbangkan. Kita bongkar lebih banyak penyelewengan mereka. sebab itu UMNO nak bergabung. Bukan nak selamatkan melayu. Tapi nak menyelamatkan perut mereka. Kalau nak melayu selamat. Pas juga memperjuangkan melayu dan juga tidak mengabaikan bangsa lain. Kerana Pas membawa Islam dan Islam itu rahmat kepada sekalian alam. Islam adil untuk semua. Adakah UMNO tak percaya dengan Islam? Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan BN terus berkuasa. Rakyat telah menyedari penyelewengan BN ini. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment