Thursday, April 28, 2011

MAMPU BRSYUKUR?

salam buat teman.. bersyukur ke hadrat Allah krn dgn kudratNya, iradatNya mampu lagi kita bergelar insan yg masih bernafas. bersyukur dengan nikmat Wujud yang Allah Zahirkan. bersyukur dan sentiasa bersyukur.

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, penyeri alam, cahaya yang menerangi kegelapan alam, bulan yang daang menyinari kegelapan jahiliyyah.

sejahtera buat kaum kerabat Rasullullah serta sahabat- sahabat Baginda.

kita merenubgi diri kita dengan segala nimat yang Allah telah berikan, betapa pemurahnya Allah dengan sifat Ar-RahimNya. Allah melimpahkan segala kesengan tanpa kita minta.

kita tidak pernah meminta kepada Allah untuk bergelar MANUSIA iaitu sebaik2 kejadian.

tetapi Allah memberi hal itu dengan Kehendak IradatNya kerana Allah berkehedak menjadikan sesuatu dan Allah berkehendak untuk tidak menjadikan sesuatu.

Allah Ya Bariq(yg mengatur agenda)telah mengatur segala kejadian dan peristiwa dengan sempurna kerana Allah itu bersifat SEMPURNA, tiada cacat, tiada cela. kerana oleh itu, maka bersyukurlah sentiasa.

segala yang Allah jadikan adalah sempurna walaupun pada MATA manusia itu cacat, tetapi hakikat sebenar ia amat sempurna kerana Allah yg menjadikan tiap2 sesuatu. tidak ada kuasa lain selain kuasa Allah.

"tidak ada daya tidak ada kekuatan kecuali bersama Allah yg Maha Agung".

"tidak bergerak sesuati zarah melainkan dengan kehendak dan izin Allah"

maka, fahamilah seeloknya dan sentiasalah bersyukur dalam apa jua keadaan kerana pandanganmu itu harus di pusatkan kepada Allah. semoga bermanfaat.

semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment