Wednesday, June 17, 2009

MAHASISWA DAN POLITIK


MAHASISWA DAN POLITIK

Salam perjuangan. Dalam menyusuri perjuangan mahasiswa dalam mendepani segala isu masyarakat dan negara kita sejak sekian lamanya, terlalu banyak ranjau dan onak duri yang telah ditempuhi oleh golongan ini. Sehingga pihak pemerintah atau kerajaan pusat melalui kementerian pendidikan telah menggubal satu akta iaitu AUKU untuk mengekang kemaraan dan gelombang kebangkitan mahasiswa. Golongan mahasiswa dalam tahun 60an dan 70an menjadi semakin agresif dan seakan-akan menjadi pembangkang kepada kerajaan. Golongan ini telah memperjuangkan kebajikan rakyat seperti di Baling. Ramai pemimpin mahasiswa pada waktu itu telah ditangkap dan dihumban kedalam ISA iaitu satu akta yang telah digubal untuk menangkap pengganas komunis dan orang-orang yang boleh mengancam keselamatan negara. Golongan mahasiswa ketika itu telah menggerunkan pihak kerajaan andainya golongan ini terus bersuarakerana mereka merupakan golongan bijak pandai yang berjuang dengan fakta dan kajian. Kerajaan menggunakan AUKU kerana takut kepada pengaruh mahasiswa ketika itu.

Dalam tahun 80an,80an hingga kini, suara mahasiswa seakan-akan tenggelam. Mereka seolah-olah takut kepada AUKU. Tidak berani untuk menghadapi isu-isu sensitif. Kerajaan pula menggertak mahasiswa dengan akta mereka melalui HEP. Sebenarnya, mahasiswa dan politik tidak boleh dipisahkan kerana politik itu sendiri mengajar mahasiswa untuk berdiri dengan lebih ampuh. Contohnya, persatuan dan kelab di universiti telah melibatkan mahasiswa kepada politik dikampus. Politi mengajar mahasiswa untu berorganisasi dan menguruskan sesebuah organisasi. Tidak dinafikan, setiap universiti mempunyai majlis perwakilan pelajar. Disinilah salah satu tempat yang telah dibuka HEP untuk mahasiswa berpolitik.

Penglibatan dan sikap ambil tahu mahasiswa kepada politik negara amat wajar kerana dengan cara begitulah membolehkan mahasiswa mengetahui situasi negara sama ada sosial atau ekonomi. Ekonomi dan sosial negara bergantung kepada politik negara kerana politiklah yang menentukan masa depan negara dan pemerintah. Mahasiswa merupakan golongan harapan masa depan negara untuk menjadi pemimpin. Oleh itu amat wajar sekali kalau mahasiswa diberi ruang yang lebih luas untuk melibatkan diri dalam politik negara. Kerajaan kini menyekat suara mahasiswa dan penglibatan mahasiswa dalam politik tanahair. Kerana apa? Kerana kerajaan takut mereka tumbang kepada mahasiswa.

Seharusnya kerajaan sedar dan mempertimbangkan suara-suara mahasiswa. Bukan menyekat mereka dengan AUKU. Hal ini telah melemahkan mahasiswa sejak kenelakangan ini. Tetapi kerajaan harus ingat bahawa mahasiswa selepas ini tidak akan gentar dan takut kepada gertakan kerajaan kerana mahasiswa telah bangun bersama ketinggian Islam. mereka kini berjuang dalam memartabatkan Islam. mereka percaya bahawa perjuangan Islam akan terus kekal dan ALLAH menolong orang yang berjuang membantu agamaNya. Mereka percaya bahawa rezeki bukan terletak pada kerajaan. Mereka kini telah meninggalkan benih-benih perjuangan yang tidak mungkin dapat dipadamkan oleh kerajaan.kepada mahasiswa, ayuhlah terus melangkah mendaulatkan Islam. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment