Wednesday, June 17, 2009

MARILAH BERJUANG, WAHAI PEJUANG

Salam perpaduan salam perjuangan. Buat sahabat-sahabat seangkatan yang sama-sama berjuang untuk memastikan tertegaknya Islam sebagai Ad-Din iaitu satu jalan hidup yang syumul mengikut syariat dan kehendak Allah sepertimana yang di ajarkan oleh Rasul junjungan besar.
Sebagai seorang muslim semestinya kita percaya bahawa manusia ini diciptakan Allah dan mempunyai tujuan hidup. Jika dilihat dalam waktu sekarang, hidup manusia dan keadaan seluruh dunia menjadi tidak menentu dengan keadaan ekonomi, malapetaka, pelbagai penyakit, alam sekitar dan sebagainya telah membimbangkan kita. Hal ini berlaku kerana keadaan manusia itu sendiri yang telan keluar dari hal kebiasaan atau tabii. Manusia menggunakan cara hidup yang diciptakan sendiri oleh mereka. Undang-undang dan peraturan yang ditentukan Allah telah diabaikan. Merka tidak mengambil Al-Quran sebagai panduan hidup.
Kembalilah kepada Islam dan bergabunglah dalam jemaah yang merperjuangkan Islam. Tinggalkanlah sekularisme dan semangat assobiyyah kerana perjuangan itu tidak akan lama dan tiada hala tuju. Marilah kita semua bergabung tenaga mengejar dan menggapai janji-janji Allah. Andainya kita gugur dalam landasan ini, nescaya kita ditempatkan bersama orang-orangyang soleh. InsyaAllah. Janganlah kita keluar dari perjuangan ini.
Bersabarlah menempuh mehnah ini kerana perjuangan ini sentiasa ditaburi dengan duri dan akan melalui jalan berliku. Biarlah kita mengorbankan diri untuk Islam. tidak mudah untuk mencapai kemenangan itu. Ombak badai datang silih berganti. Hanya orang yang cekal sahaja yang mampu mendayung sampan untuk sampai ke pelabuhan. Kepada mereka yang tersilaplangkah akan karam ditengah lautan menggila. Berdoalah agar kita diberi kekuatan itu.
Harga syurga tidak murah. Kita perlu membelinya dengan perjuangan ini. Hanya yang mampu saja dapat membelinya. Hari ini kita berusaha agar esok kita tidak berduka. Mengharungi cabaran ini memang pahit. Tetapi itulah hakikat perjuangan.

No comments:

Post a Comment