Sunday, August 30, 2009

MENGENANG USTAZ FADHIL NOOR


Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor merupakan seorang bekas pemimpin Jemaah Islam di Malaysia. Beliau menjadi presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dari tahun 1989 hingga tahun 2002. Sepanjang tempoh itu, pelbagai rintangan dan fitnah telah di lemparkan kepada PAS. Tetapi dengan ketajaman minda dan keikhlasan hati memperjuangkan Islam, beliau dapat menangkis segala tohmahan yang di lemparkan oleh UMNO dan sekutunya.
Ustaz Fadhil Noor adalah seorang yang hebat dari segi strategi.Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum suka bereksperimen dan tidak gopoh berdepan kesulitan. Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan.
Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar. Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: “Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam.”
Lebih awal dari itu, selepas Allahyarham Datuk Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi “PAS baru”. Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci. Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil.
Ustaz Fadhil noor menjadi timbalan dan tonggak utama dalam mengemudi PAS mengharungi zaman kekejaman Mahathir. Ramai ulama dan pemimpin PAS di tahan dalam Operasi Lalang. Ada orang pas yang dibunuh, pejabat Pas di pecah, pemimpin Pas di tangkap, dipenjara. semua itu dapat beliau tangkis. Dalam tahun 1990, PAS berjaya menawan kembali Kelantan. Tidak dapat dinafikan, Ustaz Fadhil merupakan orang yang melakar kejayaan menakluk negeri Kelantan. Persahabatan yang di hulurkan kepada S46 telah menyebabkan UMNO di bawah pimpinan liberalism dan sekularime Mahathir tersungkur lebur.
Perlu di ingat, kejayaan PR pada Mac 2008 juga adalah disebabkan titik mula yang diletakkan oleh Almarhum pada tahun 1998. Beliau membantu PKR untuk bangkit dan berada dalam arena politik tanah air. Beliau telah sama-sama menubuhkan GERAK dan GMI.
Pada 23 jun 2002, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor telah pergi menghadap Ilahi.Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit jantung. Keadaan penuh sesak kerana semua berebut untuk mengangkat jenazah beliau. Jenazah Almarhum di terbangkan ke Kedah. Kemudian dibawa ke Pokok Sena. Jalan raya menjadi sesak kerana setiap orang mahu memberi penghormatan kepada beliau. Jenazah Almarhum di semadikan di Madrasah Darul Ulum Pokok Sena. -Al-Fatihah.-

No comments:

Post a Comment