Sunday, August 30, 2009

SIAPA PEJUANG KEMERDEKAAN??


Menelusuri ranjau perjuangan kemerdekaan adalah satu detik atau masa yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Satu zaman yang mencabar kekentalan hidup. Bagi sang pejuang, segala liku atau kepahitan itu adalah satu kemestian untuk mendapatkan kehidupan yang lebih senang, bebas dari penjajahan dan mengambil hak tanah air demi generasi dan keturunan akan datang.
Bagi kita sebagai generasi yang telah menghirup udara kemerdekaan hasil titik peluh pejuang dahulu harus bersyukur dan mengisi kemerdekaan ini dengan penuh berhikmat. Adakah kita kenal siapa pejuang kemerdekaan atau kita hanya sekadar hidup tanpa mengambil tahu siapa mereka? Siapa pejuang sebenar dan siapa yang menjadi ‘wakil british’? inilah yang harus kita sedar. Kita bukanlah satu golongan yang mudah di bohongi atau dikaburkan fakta sejarah oleh pihak yang hanya mementingkan pangkat dan sekularisme. Siapa pejuang sebenar??
Berbicara tentang sejarah kemerdekaan negara, maka nama Dr. Burhanuddin Al-Helmi tidak boleh dikesampingkan begitu saja dari peta perjuangan kemerdekaan negara. Kerana apa? Kerana tokoh inilah pejuang sebenar yang telah diketepikan dari fakta sebenar. Inilah satu jenayah besar yang telah dimanipulasikan oleh kroni-kroni dan ‘pewaris British’. Mereka menyatakan bahawa merekalah pejuang sebenar dan membela bangsa melayu, padahal mereka hanya menjadi ‘budak suruhan’ penjajah.
Komitmen Dr.Burhanuddin terhadap perjuangan Islam dan semangat anti colonial amat subur menunjangi aliran dan halatuju perjuangan beliau. Beliau amat segar dengan idea-idea Islam dan rasa kenusantaraan.beliau sering memuntahkan idea MelayuRaya iaitu gabungan Malaya dan Indonesia yang bebas dari dominasi emperialis Barat. Maka, tidak hairanlah penjajah British dan proksinya amat takut kepada beliau.
Dalam tahun 1950an beliau memimpin orang-orang melayu dan menaikkan semangat Islam menentang ketidakadilan undang-undang british terhadap Peristiwa Natrah. Reaksi massa yang timbul begitu menyeluruh dan emosional memaksa British menangkap beliau bersama Taha Kalu dan mengharamkan akhbar ‘Melayu Raya’ yang menjadi lidah bicara beliau kepada masyarakat Malaya dan Singapura. Orang-orang yang dianggap sebagai pejuang negara kini timbul setelah golongan seperti Dr.Burhanuddin ditangkap oleh British.
Kelompongan pada waktu pejuang sebenar ini ditahan telah diisi oleh proksi British untuk menunjukkan bahawa puak inilah pejuang kemerdekaan. Mereka mengenepikan pejuang seperti Dr.Burhanuddin setelah beliau melakukan dan menaikkan semangat orang melayu untuk berjuang. Mengapa mereka menolak dan menafikan Dr.Burhanuddin sebagai pejuang sebenar? Kerana beliau berjiwa Islamik dan memperjuangkan dasar-dasar Islam dalam wadah perjuangan. Tetapi golongan yang mendakwa bahawa mereka adalah pejuang hanya memperjuangkan Melayu semata-mata dan menggunakan system hidup sekular dalam mentadbir negara. Seharusnya kita sebagai generasi pelapis yang mengisi kemerdekaan janganlah mudah percaya kepada omongan golongan ini kerana sejarah sebenar telah diubah. Kita mesti kaji dan meneliti sejarah tersebut.

No comments:

Post a Comment