Monday, February 21, 2011

6 perkara untuk kembangkan Islam.


RASULULAH BENTUK 6 PERKARA UNTUK KEMBANGKAN ISLAM SELURUH DUNIA
1 MENYAMPAI ILMU
2 BELAJAR /MENDALAMI ILMU
3 IBADAH
4 AKHLAK
5 DAKWAH
6 KHIDMAT

Enam benda ini pasti dilaksana dalam apa jua urusan perjuangan dan kehidupan beragama .
Andai ia tidak terlaksana tak akan berjaya , pasti tidak akan berjaya , akhir akan gagal !
Orang dakwah , orang politik , orang menuntut ilmu semua ada kekurangan , andai wujud 6 perkara ini terlaksana INSYALLAH barulahy sempurna . Islam akan kembali hebat andai semua orang dan pertubuhan berpegang teguh dengan enam ini . Lebih malang umat kita menyalahkan dan sesatkan satu sama lain kerana tak berpegan dengan 6 perkara sunnah ini . Andai terlaksana semua ini barulah sempurna ...
Kalau semua orang mengajar , siapa nak belajar ?
Maka perlu ada yang belajar dan dalami ilmu agama .
Mengajar dan brelajar tidak memada maka sewajibnya beramal dengan beribadah .
Ilmu tanpa amal dilaknat berdasarkan Hadith Rasulullah .
Belum sempurna 3 ini kita perlu berakhlak seperti yang diajar Rasulullah SAW .
Adab dengan ALLAH , RASUL dan SESAMA MAKHLUK .
Ramai yang anggap 4 ini sudah memada sebagai hamba , belum lagi masih ada 2 perkara yang penting untuk kuatkan tunjang perjuangan yang disyariat pada kita setiap hamba .

Kita perlu berdakwah ...
Berdakwah dalam erti kata memberi penerangan berkaitan agama , tanggungjawab agama dan lain2 lagi supaya semua dapat mentauhidkan Allah dan faham apa itu Islam ?
Berdakwah bukan hanya mengajar sahaja , menulis , kelakuan dan perkara yang membuat orang faham semua dari uslub dakwah .
Dakwah pula ada uslub2 ter4tentu ada kala perlu lembut dan hikmah , terkadang kita keras sedikit dan lain2 semuanya ada diajar dalam agama .

Ke 6 ini yang paling orang malas iaitu khidmat dalam menjayakan sesuatu pekerjaan agama .
Khidmat seperti tolong apa jua benda , memberi segala sumbangan yang termampu seperti harta , masa , tenaga , buah fikiran , membuka jalan kmudahan dan apa sahaja bentuk sumbangan bagi mencampai matlamatnya . Termasuk sokongan moral kita .
SEMUA INI ADA PAHALA ANDAI NIAT KERANA ALLAH SWT

PATUHI 6 PERKARA INI ANDAI KITA CINTAKAN ALLAH DAN RASUL SERTA AKHIRAT .....
Nasihat buat diri ana yang lalai
(sumber: pondok tok guru hj salleh, sik)

No comments:

Post a Comment