Thursday, February 10, 2011

Kebangkitan Islam

salam buat sahabat- sahabat. barsyukur kita kepada Allah, tuhan semesta alam, maha kaya dan maha agung. selawat dan salam buat juanjungan besar nabi Muhammad, pemyinar alam semesta.

tahun 2011 bakal menyaksikan perubahan kepada dunia. pergolakan di Dunia Arab dan pemberontakan kebangkitan rakyat tertindas menentang rejim pemerintah.

satu demi satu kejatuhan rejim talian Amerika berjangkit dari satu negara ke satu negara serta kejayaan rakyat Tunisia menggulingkan Ben Ali telah menyuntik semangat rakyat Mesir.

kebangkitan tanpa "leader" itu di lihat kesedaran rakyat sendiri yang mahukan keadilan dalam pemerintahan dan tidak mahu di tindas lagi.

beberapa faktor kebangkitan rakyat ini antaranya ekonomi mesir yang teruk, ramai rakyat di paras kemiskinan dan jalinan dengan amerika menjadi penyebab kesedaran rakyat.

amerika yang di lihat rapat dengan mesir kini, takut dengan perubahan di Dunia arab terutamanya Negara Mesir.

mesir merupakan negara kawan dan menjadi kepentingan strategi kepada amerika. terusan suez yang menjadi laluan penting akan menjejaskan Amerika. mereka akan tergugat penguasaan gas dan minyak serta mesir akan menjadi ancaman kepada Israel jika Hosni Mubarak dijatuhkan.

faktor- faktor kebangkitan rakyat itu harus kita renungai, adakah faktor tersebut terdapat pada negara kita. penindasan, rasuah berleluasa, ekonomi yang tidak stabil, jauh dari penghayatan Islam dan sebagainya.

adakah kebangkitan ini akan berjangkit ke seluruh Negara Ummat Islam. maka kita renungilah, semoga islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment