Saturday, December 25, 2010

zahir dan batin: renungkan

salam sejahtera buat pembaca dan sahabat- sahabat sekalian. bersyukur kepada Allah, tuhan yang mentadbir dan memiliki alam semesta. Allah yang Maha bijaksana dan mengatur segala ketetapan. cuba kita sama- sama renungi kejadian- kejadian alam ini. kita lihat dan bertadabbur serta menghayati kewujudan Allah sebagai Tuhan yang maha hebat. kita renungi alam ini sebagai medan kita mengenal Allah.
kita renungi kepada diri sendiri. kejadian diri ini. sudahkah kita mengenali siapa kita sebenarnya. apa tugas kita sebenarnya. adakah kita telah bersih daripada noda syaitan dan kemurkaan Allah. adakah kita hanya bersih zahir pandangan saja. sudahkah kita bersih rohani dalam menerima kedatangan bantuan Allah. adakah kita membersih hati kita supaya menyediakan medium untuk hadirnya rasa cinta kepada Allah.
mulut sering menyatakan mencari mardhatillah. tetapi, sejauh mana pencarian kita kita seiring dengan kata- kata lidah tak bertulang. di mana hati kita. selalukah kita ingat kepada Allah setiap masa. dimana hati kita apabila kita mengalunkan zikir di lidah. adakah alunan zikir kita ini hanya menari di atas pentas bibir.
cuba kita lihat, andaikata ada seorang raja mahu melawat rumah kita. rumah kita itu di cat cantik di luar. dinding luarnya di hias canti. tetapi rumah kita itu di dalamnya bersepah dan penuh kotor dgn najis. adakah kita sanggup membawa raja terhormat untuk masuk ke rumah kita. rumah itu zahirnya cantik, bersih tetapi di dalamnya kotor dan berhabuk. malu kita kepada raja tersebut. renungkanlah. marilah bersuci luar dan dalam, zahir dan batin. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment