Saturday, December 18, 2010

PEJUANGKAH KITA?

'islamlah kamu nescaya kamu selamat".. islam menjamin keselamatan penganutnya. bukan sahaja selamat di akhirat, malah selamat juga di dunia. biarpun pada pandangan manusia adalah buruk, namun di pada Allah ia sempurna. "wahai orang2 yang beriman, mahukah aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang dapat melepaskan kamu sari seksa yang pedih, iaitu beriman kepada Allah dan rasulnya, berjihad dgn harta dan jiwa kamu, itulah yg lebih baik jika kamu mengetahui".. maka beriman lah.
Setelah bertahun kita hidup di muka bumi, setelah lama kita menghirup udara, sudah bertahun kita berjemur matahari sedarkah kita semua itu hak siapa? Tiba satu ketika, kita mendakwa kita membawa islam. kita mendakwa kita berdakwah, kita mendakwa kita mentarbiyyah manusia lain. Adakah kita telah berserah diri kepada Allah dgn sepenuhnya atau kita hanya berserah separuh saja? bukankah yang dikatakan Islam itu ialah menyerah diri kepada Allah dgn penuh hati?
kita imbas diri kita, layakkah kita bergelar orang yg memperjuangkan Islam jika kita masih tidak menyerahkan segalanya kepada Allah. bagaimana kita mahu menjadi golongan Rabbani, jundullah dan Ansorullah jika kita tidak megenal siapa diri kita, dan siapa tuhan kita. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment