Diri- diri ini perlu dipersiapkan. persiapan dalam menghadapi lapangan sebenar. cabaran yang lebih besar dan mencabar. kemungkinan tersungkur dan kadang- kadang menangis. perlulah kita persiapkan diri dengan fikrah, jiwa dan harakah(gerakan).
Kita perlu merenung kembali diri sendiri, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita hayati, berapa banyak hadis yang kita renungi dan berapa banyak buku- buku islam yang kita baca dan kita faham isinya? persiapkan fikrah iaitu pemikiran kita. pemikiran kita janganlah jumud dan kolot. perlulah kita memahami keadaan dan suasana semasa.
Masih bergerak atas dasar-dasar Islam. tapi pemikiran kita perlu berkembang dalam memahami Al-Quran dan sunnah nabi. jiwa- jiwa juga perlu dipersiapkan. pertumbuhan ruhaniyyah memberi kekuatan dan momentum dalam diri kita untuk terus maju dan dekat kepada Allah. jiwa- jiwa perlu dipersiapkan agar bantuan Allah itu tiba.
Gerakan juga perlu dipersiapkan. perlu ada penyusunan rijal dakwah. perlu kepada perencanaan awal. kita mempunyai tenaga kerja yang ramai, tetapi kerana tidak ada penyusunan yang rapi menyebabkan kita menjadi kelam kabut dan akhirnya dakwah itu gagal kepada masyarakat. ustaz fadzil noor pernah sebut, "seorang pemimpin perlu bergerak atas dasar Islam, pandai menggauli suasana dan merancang kearah futuristuk(ke hadapan)."
maka sama- sama lah kita mempersiapkan diri ini. semai benih dan belai ia. semoga kita menjadi orang- orang yang mendapat redha Allah. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.