Thursday, October 21, 2010

HEBATNYA ROSMAH MANSOR

Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia. Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini.
Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala social buang bayi ke Belgium. Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama. Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala social sering berlaku dalam Negara kita. Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad. Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Begini kah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.
Kini, Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program di beri nama Islamic fesyen show. Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka. Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa kamal attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa. tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.
Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri. Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan. Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk. Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Tuesday, August 17, 2010

IPTA: rekrut JI atau masalah sosial?

salam.. moga Ramadhan kali ini beri makna yang istimewa. Semoga berkat ramadhan memberi semangat dan istiqamah dalam amalan menegak syahadah dan menegakkan Al-haq. ustaz fadzil noor pernah sebut. kita berjuang bukan untuk mencari kebenaran. sebab kebenaran itu telah ada. nabi telah bawa kebenaran itu. tapi kita berjuang ini untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya. tempat tertinggi.
Jangan kita merasa terlalu takut dengan desakan atau ugutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. mereka mengugut kerana mereka takut kepada kebenaran. sebab itu mereka menyembunyikan perkara yang boleh menggugat mereka. walaupun perkara tersebut adalah kebenaran. mereka menyembunyikan kebenaran. malal lebih buruk lagi, mereka meletak kebenaran bukan pada tempat yang sesuai.
isu ini mungkin satu isu yang telah lama. tapi perlu juga kita mengimbau. buat ingatan. kalau di lupakan saja, maka golongan sesat ini akan terus bermaharaja lele. mereka saja untuk mengubah topik atau isu. isu berkenaan JI menular ke IPTA. kita minta mereka buktikan. sampai sekarang tidak ada bukti. kalau perkara benar. mesti ada bukti. kenapa mereka tidak berani mengemukakan bukti kepada umum. perkara ini serius. melibatkan keselamatan negara. sepatutnya perlu kepada penjelasan kepada rakyat. supaya rakyat boleh berjaga- jaga. isu ini berkaitan keselamatan negara. sepatutnya pihak kerajaan lebih bertanggungjawab memberi penjelasan yang lebih telus dan terang. kenapa perlu sembunyi dan di lihat ada kesamaran dalam isu ini. kita minta, secara baik pihak bertanggungjawab menjelaskan isu ini kepada rakyat supaya lebih jelas.
apa yang kita tahu, sejak sekian lama IPTA tidak melahirkan pengganas seperti JI, tetapi jelas IPTA mengRekrut masalah sosial masyarakat. tidak ada polisi mengelakkan pergaulan bebas. pergaulan bebas, aktiviti hedonisme dan maksiat di kampus dilihat barah dalam masalah ummah. kenapa kerajaan tidak mengambil serius perkara ini. malah membiarkan saja. lebih malang apabila mereka lebih mementingkan bangsa berbanding agama. sepatutnya, polisi sebegini yang mesti di ambil tahu juga oleh kerajaan. tetapi kerana kepala kerajaan yang telah rosak, maka badannya juga menjadi rosak. masalah- masalah sebegini telah memberi sumbanagn kepada penzinaan, buang bayi melibatkan pelajar IPTA. malah ada kemungkinan juga bayi di buang di dalam kampus.
aktiviti maksiat di luluskan, hiburan melampau menyebabkan orang islam menjadi lalai. tidak solat dan ponteng puasa. kenapa aktiviti sebegini mudah di luluskan. adakah pihak pentadbiran IPTA jahil agama. tidak ada penasihat? atau tidak ada polisi dari akta IPTA? sistem pakaian yang mendedah aurat. sahsiah rupa diri yang rosak. meluluskan sahsiah rupa diri yang menunjukkan kejahilan pemerintah. masalah- masalah seperti ini tidak di bendung. mungkin satu ketika akan keluar kenyataan pelajar IPTA paling ramai menggugurkan anak. ataupun statement, bayi di buang di IPTA.. sedarlah. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Thursday, August 12, 2010

PERINGATAN: KISAH PINGGAN EMAS DAN RAMADHAN

SALAM RAMADHAN.. SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN. RAMADHAN KALI INI DI HARAP MEMBERI MAKNA YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA. DALAM KITA MENGHARAPKAN RAMADHAN MENJADI BAIK, BUKAN HANYA PADA LAFAZ DI MULUT. HANYA MENARI- NARI DI PENTAS LIDAH. SEPERTI PINGGAN DAN MAKANAN. IBARATNYA, KITA MEMBELI PINGGAN YANG MAHAL, PINGGAN BERSALUT EMAS. MEMANG MAHAL. TETAPI KITA GUNA PINGGAN TU UNTUK ISI NASI KOSONG SAJA. TIDAK ADA KUAH ATAUPUN LAUK. KITA TETAP TIDAK BOLEH MAKAN PINGGAN TU. YANG KITA MAKAN ITU HANYA NASI. PINGGAN TU HANYA LUARAN SAJA. YANG SEDAP ITU MAKANAN YANG DI ISI DALAM PINGGAN. KALAU KITA GUNA PINGGAN YANG MURAH TETAPI MAKANAN SEDAP DAN BERKHASIAT, HALAL LAGI BAIK, ITULAH YANG SEBENARNYA. YANG KITA PERLUKAN UNTUK SEDAP ITU MAKANAN. PINGGAN SEBAGAI BEKAS SAJA.
SANA JUGA KITA DENGAN BULAN RAMADHAN INI. KITA HANYA MELAFAZKAN RAMADHAN BULAN BERKAT, BULAN MULIA. TETAPI KITA SENDIRI TIDAK MENGISI RAMADHAN DENGAN PENGISIAN YANG BAIK. MAKA SEGALA LAFAZ KITA TADI TIDAK ADA MAKNA JUGA. YANG PENTING PENGISIAN DAN AMALAN KITA. UNTUK KITA JADI SEDAP.
SAMA LA JUGA DENGAN KONSEP NEGARA ISLAM. BUKAN PADA LAFAZ SAJA. TAPI PADA PERBUATAN JUGA. KALAU KITA MENYEBUT MALASIA SEBAGAI NEGARA ISLAM TETAPI TETAP IKUT AJARAN SSEKULAR, ITU BUKAN ISLAM. ISLAM INI TIDAK BOLEH DI TAMPAL- TAMPAL. SLOGAN2 ISLAM, BINA UNIVERSITI ISLAM, BANK2 ISLAM TETAPI DASARNYA TIDAK ISLAM MAKA TIDAK DIKATAKAN NEGARA ISLAM. ISLAM ITU MENYELURUH. MASUKLAH ISLAM DENGAN MENYELURUH. UMNO ITU JAHIL. MEREKA KATA MALAYSIA DAH NEGARA ISLAM. MEREKA KENA BERGURU DENGAN PAS UNTUK BAWA NEGARA KE ARAH ISLAM. BUKAN PADA NAMA SAJA. SEPERTI SEEKOR LEMBU. SAINTIS AMBIL SEEKOR LEMBU UNTUK PEMBEDAHAN. DIKERAT KAKI LEMBU. KEMUDIAN DI GANTI DENGAN KAKI MANUSIA. TELINGA LEMBU DI TAMPAL DENGAN TELINGA MANUSIA. ADAKAH LEMBU ITU AKAN JADI MANUSIA? TETAP TIDAK JADI MANUSIA. SEBAB DASAR ITU LEMBU. ASALNA LEMBU. TETAP TIDAK DINAMAKAN MANUSIA.
MAHAL MACAM MANA SEKALIPUN SLOGAN, KATA-KATA, TETAPI PENGISIAN DAN DASAR TIDAK BERMAKNA, MAKA SEMUANYA ITU TAK ADA ERTI. SERUPA JUGA KITA BERPAKAIAN HEBAT. BERJUBAH MAHAL, BERSERBAN TEBAL. TETAPI ILMU KITA TIDAK ADA, MAKA JUGA TAK BERGUNA. KITA KENA BERUSAHA MENCARI ILMU TERSEBUT UNTUK SEPADAN DENGAN PAKAIAN KITA ITU. JANGA JADI SEPERTI SEBUAH KEBUN. PAGARNYA CANTIK. BERBATU. DI CAT. UKIRAN PAGAR KEMAS. CONFIRM TAK ADA GANGGUAN HAIWAN ATAU KECURIAN. TAPI, BILA KITA INTAI DALAM PAGAR TU, KITA NAMPAK HANYA ADA SATU POKOK KECIL SAJA. ITU PUN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. PAGAR CANTIK TAPI HASIL TAK ADA.
BERSAMA- SAMA LAH KITA MENCARI ANG TERBAIK. AMALAN YANG BAIK DAN BERTERUSAN. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG.

Thursday, August 5, 2010

UMNO buat kelakar

Salam sekalian alam... kebelakangan ini berlaku banyak perkara yang menyebabkan kita tertanya- tanya. Masalah- masalah pelik kian banyak. Mungkin ini bukti- bukti bahawa akibatnya manusia dan masyarakat membelakangi Islam sebagai cara hidup. Isu terbaru berlaku kini, kita merasa pelik kenapa UMNO beriya- iya mahu sangat bergabung dengan PAS. Isu yang dah di bangkitkan lama dulu. Di mainkan semula. Tapi kenapa bergabung kerana Melayu. Itulah yang kita pelik. Mereka mengaku Islam. tetapi tak nak bertukar kepada Parti Islam.
Dalam isu perlembagaan Malaysia, kita boleh lihat bagaimana cerdiknya orang barat dan betapa ceteknya akal pemimpin UMNO dulu. Sewenang- wenangnya mereka menerima perlembagaan yang di rangka oleh penjajah. Mereka mengaku bahawa mereka sebagai hero kononnya membebaskan negara dari penjajahan. Sebenarnya mereka di tipu oleh orang barat. Pemimpin macam inikah yang kita nak? Mereka telah merosakkan masa depan negara, mereka telah merosakkan Agama Islam. Tidak ada hukum Islam. Tidak ada undang- undang Allah dan gejala sosial bertambah.
Kes terbaru, Ling Liong Sik di tangkap kerana menipu kabinet. Satu kenyataan yang agak kelakar. bertapa dungunya kerajaan. Ditipu oleh menteri sendiri. di mana ketelusan kerajaan. kerajaan macam ni perlu di tumbangkan. Kita bongkar lebih banyak penyelewengan mereka. sebab itu UMNO nak bergabung. Bukan nak selamatkan melayu. Tapi nak menyelamatkan perut mereka. Kalau nak melayu selamat. Pas juga memperjuangkan melayu dan juga tidak mengabaikan bangsa lain. Kerana Pas membawa Islam dan Islam itu rahmat kepada sekalian alam. Islam adil untuk semua. Adakah UMNO tak percaya dengan Islam? Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan BN terus berkuasa. Rakyat telah menyedari penyelewengan BN ini. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Tuesday, July 6, 2010

Persiapkan diri menunggu seruan

Salam sahabat kalian.. ketahuilah dalam diri kita ini ada satu benih. kita lah yang menjaga, mendidik dan membelai benih itu supaya tumbuh membesar. agar akarnya kuat mencengkam, tidak mudah tumbang dan memberi hasil dan buah yang sedap dan manis suatu masa nanti. itulah ia akidah.
Diri- diri ini perlu dipersiapkan. persiapan dalam menghadapi lapangan sebenar. cabaran yang lebih besar dan mencabar. kemungkinan tersungkur dan kadang- kadang menangis. perlulah kita persiapkan diri dengan fikrah, jiwa dan harakah(gerakan).
Kita perlu merenung kembali diri sendiri, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita hayati, berapa banyak hadis yang kita renungi dan berapa banyak buku- buku islam yang kita baca dan kita faham isinya? persiapkan fikrah iaitu pemikiran kita. pemikiran kita janganlah jumud dan kolot. perlulah kita memahami keadaan dan suasana semasa.
Masih bergerak atas dasar-dasar Islam. tapi pemikiran kita perlu berkembang dalam memahami Al-Quran dan sunnah nabi. jiwa- jiwa juga perlu dipersiapkan. pertumbuhan ruhaniyyah memberi kekuatan dan momentum dalam diri kita untuk terus maju dan dekat kepada Allah. jiwa- jiwa perlu dipersiapkan agar bantuan Allah itu tiba.
Gerakan juga perlu dipersiapkan. perlu ada penyusunan rijal dakwah. perlu kepada perencanaan awal. kita mempunyai tenaga kerja yang ramai, tetapi kerana tidak ada penyusunan yang rapi menyebabkan kita menjadi kelam kabut dan akhirnya dakwah itu gagal kepada masyarakat. ustaz fadzil noor pernah sebut, "seorang pemimpin perlu bergerak atas dasar Islam, pandai menggauli suasana dan merancang kearah futuristuk(ke hadapan)."
maka sama- sama lah kita mempersiapkan diri ini. semai benih dan belai ia. semoga kita menjadi orang- orang yang mendapat redha Allah. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Thursday, April 22, 2010

UMNO DAH SEDAR ARAK HARAM

SALAM PERJUANGAN.. MENJELANG HUJUNG USIA UMNO BARISAN NASIONAL KINI, PENYAKIT NYANYUKNYA KIAN MENJADI. DULU HALALKAN ARAK, JUDI DAN RASUAH. BARU SEKARANG MEREKA SEDAR ARAK DAN JUDI ADALAH HARAM. KELAKAR DENGAN KERENAH UMNO INI. KERENAH ORANG BERPENYAKIT. WAHAI RAKYAT, BUANGLAH UMNO SEBAB DAH TAK MAMPU MENTADBIR LAGI. MAKIN LAMA MAKIN MENGARUT.

Saturday, April 3, 2010

MENCARI KAWAN DI KALANGAN MUSUH

DALAM MERENTAS JALAN PERJUANGAN, TENTERA ALLAH MESTI BIJAK DALAM STRATEGI DAN MENGATUR TENAGA PERANG. DALAM DAKWAH JUGA BEGITU. JUGA DALAM SIASAH. KITA PERLU MENJADI ORANG YANG BIJAK. PANDAI MENGHIDU PELUANG DAN PANDAI MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA. PELUANG TIDAK AKAN DATANG SENTIASA. KITA SAJA YANG PERLU PANTAS MENGAMBIL PELUANG DI DEPAN MATA. BUKANNYA KITA TAK MAMPU. SEMUA ORANG MAMPU TETAPI SEJAUH MANA KEMAMPUAN ITU TERLETAK KEPADA KEBIJAKSANAAN.

PEJUANG HARUS BIJAK MENCARI KAWAN DIKALANGAN MUSUH. BUKAN MENCARI MUSUH DIKALANGAN KAWAN. DALAM RAMAI- RAMAI MUSUH, PASTI ADA KESEMPATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN MENJADI KAWAN DEMI PERJUANGAN. PASTI ADA MENGATAKAN BAHAWA, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. HUJAH ITU HANYALAH JIKA CARA ITU JELAS HARAM DAN TETAP MENJADI HARAM. TETAPI JIKA MENCARI KAWAN DIKALANGAN MUSUH TIDAK MENJADI SALAH KERANA ITU ADALAH STRATEGI YANG MESTI DI GUNAKAN.

NABI MUHAMMAD, JUNJUNGAN DAN IKUTAN SEWAKTU DALAM PERJALANAN HIJRAH KE MADINAH BERSAMA SAIDINA ABU BAKAR TELAH DIKEJAR OLEH SURAQAH. SURAQAH MENGEJAR BAGINDA ADALAH UNTUK MENANGKAP DAN DI BERIKAN KEPADA KAFIR QURAISY. TIBA- TIBA, KAKI KUDA SURAQAH JATUH. NABI BERUPAYA UNTUK BERLAWAN DENGAN SURAQAH TETAPI BAGINDA HANYA MELIHAT. SURAQAH BERJANJI TIDAK AKAN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA MUSYRIKIN. NABI MENGAMBIL HELAIAN DAN ABU BAKAR MENULIS SESUATU DAN DI BERIKAN KEPADA SURAQAH.
NABI BERUPAYA MENUMPASKAN SURAQAH PADA WAKTU ITU, TETAPI NABI MENUNJUKKAN JALAN YANG BAIK KEPADA SURAQAH. SURAQAH MENJADI TERTARIK.SIKAP INI MENUNJUKKAN BAHAWA NABI MENJADIKAN SURAQAH SEBAGAI KAWAN WALAUPUN ASALNYA SURAQAH DATANG UNTUK MEMBUNUH BAGINDA.

USTAZ FADZIL NOOR SEWAKTU MENJADI PRESIDEN PAS, TELAH BANYAK MENCARI PELUANG MENJADIKAN MUSUH SEBAGAI KAWAN. KEBIJAKSANAAN FADZIL NOOR DALAM MENGHIDU PELUANG INI TELAH MEMBUAHKAN HASIL. TAHUN 1989, UMNO BERPECAH KEPADA TEAN A PIMPINAN MAHATHIR DAN TEAM B PIMPINAN KU LI. KU LI TELAH MENUBUHKAN SEMANGAT46 SETELAH KELUAR DARI UMNO. KESEMPATAN INI DIAMBIL OLEH USTAZ FADZIL NOOR UNTUK MENJADIKAN KU LI SEBAGAI KAWAN SEPERJUANGAN. PAS BERGABUNG BERSAMA S46 DAN MENGGAGASKAN PERPADUAN UMMAH. HASILNYA TERBUKTI JELAS APABILA KELANTAN BERJAYA DIRAMPAS DARIPADA UMNO PADA TAHUN 1990 HINGGA KINI. TOK GURU NIK AZAZ MENJADI MENTERI BESAR.

PADA TAHUN 1999, POLITIK NEGARA DI LANDA GEMPAR. ANWAR IBRAHIM DIPECAT DAN BELIAU MENUBUHKAN KEADILAN RAKYAT. KESEMPATAN INI DIAMBIL OLEH USTAZ FADZIL NOOR. PAS MEMBELA ANWAR. PAS MEMBUKA RUANG POLITIK DAN PENTAS UNTUK ANWAR BERUCAP. PAS TELAH MEMBANTU PKR. WALAUPUN DULU PAS TELAH DIANCAM DAN TERUK DIKENAKAN OLEH UMNO DAN ANWAR ADALAH SEORANG DARIPADA UMNO, TAPI OLEH KERANA SIKAP KEBIJAKSANAAN STRATEGI TELAH MEMBUKA RUANG MEMBELA ANWAR.

TAHUN 1999 MENYAKSIKAN KELANTAN DIKEKALKAN, TERENGGANU DI RAMPAS, MAJORITI UMNO DI KEDAH DIKURANGKAN. LEBIH MANIS APABILA PAS MENJADI KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN. FADZIL NOOR DENGAN KEPETAHAN BERPIDATO TELANG MENGGONCANG KEUTUHAH UMNO BARISAN NASIONAL.PAS DILIHAT MATANG DATAN SEGALA ISU SDAN MENBUKTIKAN PAS BUKAN LAGI PARTI BAYI. KINI PAS MAMPU MENYAIGI DAN MENUNDUKKAN KEKEJAMAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

KEBIJAKSANAAN INI MESTI DITERUSKAN OLEH ORANG LAIN. PELUANG UNTUK KITA BERDAKWAH. KADANG- KADANG KITA NAMPAK SEDIKIT LIBERAL, TETAPI PERCAYA LAH KALAU ITU DI GUNAKAN SEBAIKNYA, PASTI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG HARUM MANIS. SEMOGA ISLAM TERS CEMERLANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG.