Saturday, December 26, 2009

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Masihkah ada rasa simpati kepada rakyat. Perbezaan pendapatan antara pemimpin dan rakyat jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dalam kebajikan rakyat. Isu- isu seperti kenaikan harga minyak, barang dan kos sara diri merupakan satu bebanan kepada sebahagian rakyat. Kerajaan seperti tidak ambil peduli kepada masalah pendapatan rakyat. Kalau diukur kenaikan harga barang ini dengan gaji menteri atau pegawai kerajaan memanglah ia amat tidak membebankan rakyat. Tapi, jika di ukur gaji atau pendapatan rakyat yang bekerja sendiri, penoreh getah, tukang rumah, petani dan lain-lain maka kenaikan harga barang ini jelas membebankan rakyat. Kerajaan tidak ambil peduli kepada rakyat berpendapatan rendah.
Perjuangan kerajaan dalam membela rakyat masih terabai kerana sejak merdeka, negara makin maju dan gaji memteri makin meningkat manakala gaji segelintir rakyat masih seperti sediakala sehingga jarak perbezaan menteri dan rakyat itu amat jauh. Kita sedia maklum bahawa rakyat membayar cukai dan bayaran kepada pihak kerajaan dalam mentadbir negara. Segala pembangunan dijalankan. Bukan atas duit kerajaan itu, tetapi hasil daripada duit rakyat. Seharusnya, pembangunan tersebut dapat memberi peningkatan pendapatan kepada rakyat. Malangnya, kerajaan sekarang menggunakan duit tersebut ke jalan- jalan yang salah.
Pembaziran dalam sambutan kemerdekaan, acara hiburan terlampau yang tidak memberi manfaat kepada rakyat malah memberi kesan negatif kepada pemikiran rakyat. Sebaiknya acara seperti solat hajat, kempen akhlak Islam serta program Islamisasi ditingkatkan dengan menggunakan duit cukai dari rakyat. Program membentuk jati diri rakyat melalui keagamaan merupakan kaedah terbaik dalam mendidik rakyat. Hal ini sepatutnnya di beri bajet yang lebih besar.
Hasil judi negara kini menjangkau jutaan ringgit. Jumlah tersebut bukanlah angka yang kecil tetapi inilah hasil yang diagihkan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Hasil judi ini sebenarnya cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan daripada pengetahuan umum. Ia disembunyikan dibawah hasil kastam. Hasil judi ini disalurkan juga kepada sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan.
Maka, kerajaan kini menghidangkan hasil haram kepada rakyat. Kenapa perlu kerajaan membiarkan hasil judi ini menjadi makanan rakyat Malaysia sedangkan judi itu secara jelasnya salah di sisi Islam. Rakyat Malaysia majoriti beragama Islam. Menteri- menteri majoriti menganut agama Islam. Perdana menteri sejak merdeka terdiri daripada orang-orang Islam. Pegawai- pegawai kerajaan, majoriti penganut agama Islam. Kenapa judi seperti dihalalkan di Negara Malaysia sedangkan kerajaan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Kenapa?
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa retorik kerajan dalam membela rakyat terbukti sama sekali. ajaran Islam dan sensitiviti ummat Islam di pandang remeh dan enteng oleh kerajaan.sebahagian isi perlembagaan ditolak tepi dan mengambil isi perlembagaan yang memberi manfaat dan keuntungan kepada nafsu mereka sahaja.
Satu Malaysia, Islam diketepi, rakyat dibelakangi, utamakan nafsu sendiri. Itulah sebenarnya laungan yang patut dilontar oleh kerajaan untuk menggambarkan tingkah laku dan pentadbiran mereka kepada rakyat Malaysia. Rakyat bijak menilai, berikan yang terbaik demi Islam, demi bangsa, demi negara. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

No comments:

Post a Comment