Saturday, December 26, 2009

KONVESYEN PAKATAN DAN PAK LAH

Tahniah kepada Pakatan Rakyat atas kejayaan mengadakan konvesyen pertama pertubuhan itu baru- baru ini. Konvesyen tersebut menunjuk kesepakatan dan kesepaduan yang di tunjukkan oleh komponen PR. Hal ini juga menjadikan PR sebagai barisan aternatif rakyat untuk menggantikan kerajaan BN yang telah usang dan mengamalkan cara politik lama lagi primitif.

Barisan kepimpinan UMNO harus melihat kelahiran PR sebagai satu sistem parti yang sah ini merupakan ancaman kepada mereka. Jelasnya, kewujudan sistem dua parti ini iaitu BN dan PR akan lebih menyenangkan rakyat untuk membuat penilaian yang terbaik. Hal ini juga menyebabkan ruang demokrasi dalm Negara akan lebih terbuka. Jika BN mempunyai komponennya dari parti yang berbilang bangsa, maka PR juga mempunyai kesepaduan kaum yang serupa. Malangnya BN tidak mempunyai parti seperti PAS yang memperjuang Islam dan Melayu dalam satu masa.

Hal ini memberi kelebihan kepada PR kerana PAS akan berupaya menarik minat golongan beragama dalam PR. Hakikatnya sekarang, politik dan daya tarikan PAS semakin baik. Mereka bukan saja berjaya menarik golongan pondok atau beragama Islam saja. Mereka kini dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak dan intelektual. Sokongan lapisan muda juga lebih tertumpu kepada PAS. Kewujudan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada non muslim juga merupakan faktor penting kepada penerimaan rakyat Malaysia kepada PAS.

PR dikuatkan oleh PKR dan DAP yang berjaya menggabungkan ahli pelbagai kaum. Kelebihan ini tidak di punyai oleh UMNO dan BN. Tidak mustahil PR akan merampas dan menjejak kaki ke Putrajaya pada PRU13 nanti. Momentum yang di lontarkan oleh komponen PR pada PRU12 lepas nyata berkesan sehingga dapat membentuk 5 negeri dalam pentadbiran PR. Walaupun BN cuba merampas dengan cara yang jijik, tetapi semangat juang yang ditunjukkan komponen BN harus di puji. Kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam isu di Perak menunjukkan PR mempunyai setiakawan yang baik. Beberapa isu di negeri PR berjaya ditangani dengan baik hasil perbincangan dan kerjasama erat komponen PR. Syabas PR. Lebih manis lagi kalau pentas pimpinan PR itu turut di sertai oleh Pak Lah Badawi.

Suatu ketika, apabila Tun Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima,maka seronoklah orang- orang UMNO mengatakan Pak Lah keturunan ulamak. Mereka mengatakan, PAS tidak boleh bersuara lagi kerana keturunan ulamak yang memerintah negara. Media seperti TV, radio dan surat kahabar menyiarkan mengenai keperibadian Pak Lah dan mengaitkan beliau dengan datuk serta bapanya iaitu Sheikh Abdullah Pak Him dan Ahmad Badawi.

Pak Lah menggagaskan Islam Hadhari dalam pentadbirannya. Niat dan matlamat Pak Lah itu menunjukkan beliau mahu kepada amalan Islam tetapi jenamanya itu menyebabkan ia rosak. Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi sepatutnya bukan Islam Hadhari tetapi Hadharatul Islam iaitu tamadun Islam. Hal ini menunjukkan Pak Lah mahu kepada prinsip Islam dan tamadun Islam. Usaha Pak Lah itu tidak mencapai sasaran atau kesudahan kerana selepas PRU 12 lepas, beliau didesak oleh orang- orang UMNO termasuk Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Mungkin bukan sebab kekalahan PRU12 yang menjadi punca Pak lah didesak tetapi kerana nilai Islam yang Pak Lah cuba nak semai dalam pentadbirannya. Pak Lah juga begitu komited dalam memerangi rasuah. Apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah berikrar untuk memerangi rasauah dalam pentadbirannya. Beliau menukarkan BPR kepada SPRM untuk menaik taraf tugas memerangi rasuah. Tetapi, usaha beliau juga dilihat tidak sampai kepada kesudahannya. Usaha Pak Lah itu merupakan usaha yang baik walaupun kaedah perlaksanaannya dilihat agak cacat sedikit dan masih ada campur tangan politik UMNO dalam SPRM. Sepatutnya SPRM di letakkan di bawah parlimen seperti desakan pihak pembangkang. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO sebelum ini yang menyatakan akan memerangi rasuah dalaman UMNO dan kerajaan. Malah, Najib pun tidak berikrar memerangi rasuah.

Mungkin kerana komited beliau untuk memerangi rasuah menjadi punca orang- orang UMNO mendesak beliau untuk berundur. Siapa tahu? Pak Lah juga di lihat memberi perhatian kepada badan kehakiman. Beliau membuat beberapa pembaharuan untuk badan kehakiman. Beliau memberi Ex- Gratia kepada bekas- bekas Hakim Negara seperti Tun Salleh Abbas. Hal ini menunjukkan Pak Lah menyesal kerana sebelum ini kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir terlalu menindas kepada badan kehakiman. Semasa pentadbiran Pak Lah juga isu klip video Linggam terbongkar. Pak Lah seperti cuba membongkar salah laku kerajaan terdahulu keatas badan kehakiman.

Mungkin itu juga faktor orang- orang UMNO menolak kepimpinan Pak Lah. Kekalahan UMNO pada PRU 12 juga bukan saja terletak di bahu Pak Lah seorang saja. Mungkin terdapat pimpinan UMNO yang menyuruh penyokongnya memboikot PRU 12. Apabila BN kalah teruk, maka kekalahan tersebut dijadikan point untuk menyingkirkan Pak Lah. Jika orang- orang UMNO mahu menyingkirkan dengan menyatakan tentangan kepada Islam Hadhari, mereka pun tak tahu betul atau tidak Islam Hadhari itu. Kalau menolak dikatakan mereka menolak Islam pula. Dah mereka tak tahu bagaimana Islam sebenar. Maka mereka setuju saja.

Kalau mereka nak menentang pembanterasan rasuah, takut dikata mereka menyokong rasuah. Padahal mereka takut pada Pak Lah kalau- kalau amalan rasuah mereka itu di ketahui SPRM kerana Pak Lah berikrar mahu banteras rasuah. Mereka sendiri melihat hukuman yang telah dijatuhkan kepada Isa Samad akibat amalan rasuah dalam UMNO. Maka oleh itu, orang- orang UMNO ini menggunakan kekalahan PRU12 sebagai umpan untuk menyingkirkan Pak Lah. Mungkin orang UMNO sendiri boikot PRU12. Siapa tahu? Muhyidin juga bersuara pada ketika itu mendesak Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa. Rakyat sedia maklum pada pemilihan naib presiden UMNO terdahulu, Muhyidin pernah menang menjadi naib presiden tetapi akibat kes rasuah dalam UMNO maka tiba- tiba beliau tersingkir dan Pak Lah berjaya menjadi naib presiden UMNO.

Mungkin kerana sebab itu, Muhyidin juga turut mendesak Pak Lah. Takut kalau- kalau temberangnya pecah. Siapa tahu? Pak Lah harus sedar dengan segala kerenah orang UMNO kepada beliau. Kabinet Najib juga jelas menunjukkan boikot kepada penyokong Pak Lah. Peruntukan kerajaan kepada kawasan beliau juga ditarik. Seharusnya beliau mesti sedar. Usaha baik beliau seperti memerangi rasuah, mahu menerapkan nilai Islam, memperbaiki sistem kehakiman dan memberi kebebasan hak bersuara merupakan satu langkah yang murni. Tetapi kerana UMNO menolak beliau maka, usaha itu terbantut sama sekali.

Pak Lah mesti berjuang bersama- sama PR untuk membanteras rasuah dan membetulkankerosakan kepada pentadbiran kerajaan. Datuknya, Sheikh Abdullah Pak Him merupakan seorang ulamak yang mengasaskan PAS bersama- sama ustaz Ahmad Fuad Hassan dan lain- lain. Sheikh Abdullah Pak Him merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Bapanya, Hj Ahmad Badawi merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama. Hj Ahmad Badawi turut menganggotai AJK PAS di awal penubuhannya. Pak Lah mesti meneruskan perjuangan datuk dan bapanya itu. Sepatutnya Pak Lah bersama PAS dan PR.

No comments:

Post a Comment