Monday, March 29, 2010

BILA ALAM BERBICARA?

SEDARKAH SEKALIAN BAHAWA ALAM INI SERING BERBICARA. MERONTA, MERINTIH DAN MENYINGA. KADANG- KADANG ALAM GEMBIRA DAN RIANG. ALAM MENYAMPAIKAN PETANDA DAN ALAM MEMBERI PERINGATAN. ALAM ADALAH KALAM. ALAM ADALAH LEMBARAN YANG TERBENTANG LUAS AGAR KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN IKTIBAR.

AL- QURAN MENCERITAKAN BERKENAAN ALAM. MALAM DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN, KISAH FIRAUN DAN PARA ANBIAYA, POKOK DAN LAIN- LAIN. SEMUA TERMASUK DALAM ALAM. LIHATLAH DAN PERHATIKAN ALAM. PASTI KAMU AKAN JUMPA APA YANG DICARI. PASTI KAMU AKAN BERTEMU ROBB YANG DIKASIHI. PASTI KAMU KENAL DAN AKAN MELIHAT HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERBICARA... “DIMANA SAJA KAMU HADAP, PANDANGLAH HANYA WUJUD ALLAH”.

Sunday, March 28, 2010

TAK PERLU BUAT KERJA ALLAH

SALAM SEKALIAN BUAT SEPERJUANGAN. MOGA-MOGA KITA TERUS DIBERKATI HIDUP. SEPANJANG JALAN PERJUANGAN INI, TERDAPAT PELBAGAI HALANGAN YANG TELAH MEMBUJUR DAN ADA JUGA YANG MELINTANG. ADA KALANGAN KITA YANG JATUH DAN ADA JUGA YANG TERCICIR. TAPI ADA JUGA YANG DAPAT TERUS BERADA DILANDASAN PERJUANGAN SEBENAR. KITA NILAI SEMULA DIRI. ADAKAH BETUL KITA BERADA PADA LANDASAN PERJUANGAN ITU? ADAKAH TEPAT CARA DAN USLUB DAKWAH YANG KITA BAWA? ADAKAH KITA PRAKTIK SEGALA APA YANG KITA KATA?

ISLAM ADALAH MURNI DAN SELAMAT JIKA BERSAMA ISLAM. ISLAM BUKANLAH ADDIN YANG MENAKUTKAN. KITA HARUS SEDAR KEHARMONIAN DAN NILAI- NILAI SUCI ISLAM ITU. SERINGKALI KITA DENGAR, BAHAWA KITA ADALAH PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM. AYAT INI SERING KITA DENGAR. KERJA KITA HANYA BERDAKWAH. TAK PERLU MENGHUKUM. BAGAIMANA KITA DAKWAH ITU? TAK PERLULAH KITA MENAKUT- NAKUTKAN ORANG BAHAWA MEREKA AKAN MASUK NERAKA. ITU IBARAT KITA TELAH MENGANCAM DAN MENAKUT- NAKUTKAN MEREKA. KADANG-KADANG PERLU DIBACA AYAT AL-QURAN. ITUPUN KEPADA MEREKA YANG PERCAYA KEPADA AL-QURAN. YANG PENTING, TUNJUKKAN KEHARMONIAN ISLAM. TUNJUKKAN KESEJAHTERAAN ISLAM. TUNJUKKAN BAGAIMANA YANG DISEBUT BAHAWA “ ISLAMLAH KAMU NESCAYA KAMU SELAMAT”.

KERJA MANGANCAM, MENGHUKUM ITU ADALAH KERJA ALLAH. TAK PERLU DIBUAT KERJA ALLAH. KITA KERJA DAKWAH. DAKWAH YANG BERTERUSAN. HINGGA KITA RASA CINTA PADA DAKWAH. ADA YANG HEBAT BERDAKWAH HINGGA KELUAR BERHARI- HARI TETAPI TIDAK ADA RASA CINTA PADA DAKWAH. MEREKA MELAKUKAN DAKWAH DENGAN RASA UJUB DAN KAGUM PADA DIRI SENDIRI. MEREKA MERASAKAN MEREKA ADALAH TERHEBAT DIANTARA YANG HEBAT. YANG TERBAIK DI KALANGAN PALING BAIK.

PUNCA KENAPA DAKWAH KITA TIDAK BERKESAN. MASALAH PENDAKWAH ITU PADA HATI MEREKA. TAUTAN HATI MEREKA DENGAN ALLAH MASIH LEMAH. MENGADAKAN PROGRAM DAKWAH UNTUK MASYARAKAT TETAPI TARBIYYAH DIRI MEREKA HILANG. MEREKA KURANG. BAGAIMANA PERTOLONGAN ALLAH AKAN TIBA.MEREKA RASA RIYAK DAN TAKABBUR. MEREKA MERASAKAN MEREKA MAMPU DENGAN KUASA MEREKA PADAHAL SEMUA ITU DARI ALLAH. MEREKA KADANG- KADANG LUPA PADA ALLAH YANG MEMBERI MEREKA KUDRAT HINGGA MEREKA BOLEH BERDAKWAH.KEMANA HILANG KEBERGANTUNGAN PENDAKWAH KEPADA ALLAH? TINGKATKAN TARBIYYAH DAN SELALU MENGINGATI ALLAH DALAM KERJA DAKWAH. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG DAN TETAP TINGGI MENJULANG.

Tuesday, March 2, 2010

jiwa nan tenang

Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.

Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.

Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.

Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Semoga Bermanfaat.

Wednesday, December 30, 2009

AKU DI PENJARA

Penjara oh penjara. Sungguh gelap dikau wahai penjara. Aku ini dalam penjara. Mencari pintu melepaskan diri. Supaya dapat menghirup suasana pagi. Nyaman dan tenang. Agar aku bebas kemana saja. Agar aku bertemu dengan yang dikasihi.

Oh penjara! Aku makin ketat dalam penjara. Berlapis-lapis pintu mesti aku rintangi. Berlapis-lapis onak rintangan harus aku lalui. Makin kelam. Aku mesti berjuang untuk melepaskan diri. Dunia penuh kegelapan. Aku mencari kehidupan penuh kebebasan. Aku tak punya daya. Hanya Dia yang mampu beri cahaya dalam keadaan aku yang kelam.

Penjara oh penjara. Aku dipenjara. Aku mahu pulang seperti asalku. Agar aku bebas dari penjara. Kegelapan yang melingkari aku. Aku sungguh gelap. Tidak nampak dunia luar. Dunia luas. Aku berada dalam dunia yang sempit. Manakah cahaya yang akan ku temui? Adakah aku akan berjaya untuk bebas? Hanya Tuhan yang memberi cahayaNya. Aku tak ada daya. Aku tak ada wujud…. Hanya Dia segalanya….

Saturday, December 26, 2009

KONVESYEN PAKATAN DAN PAK LAH

Tahniah kepada Pakatan Rakyat atas kejayaan mengadakan konvesyen pertama pertubuhan itu baru- baru ini. Konvesyen tersebut menunjuk kesepakatan dan kesepaduan yang di tunjukkan oleh komponen PR. Hal ini juga menjadikan PR sebagai barisan aternatif rakyat untuk menggantikan kerajaan BN yang telah usang dan mengamalkan cara politik lama lagi primitif.

Barisan kepimpinan UMNO harus melihat kelahiran PR sebagai satu sistem parti yang sah ini merupakan ancaman kepada mereka. Jelasnya, kewujudan sistem dua parti ini iaitu BN dan PR akan lebih menyenangkan rakyat untuk membuat penilaian yang terbaik. Hal ini juga menyebabkan ruang demokrasi dalm Negara akan lebih terbuka. Jika BN mempunyai komponennya dari parti yang berbilang bangsa, maka PR juga mempunyai kesepaduan kaum yang serupa. Malangnya BN tidak mempunyai parti seperti PAS yang memperjuang Islam dan Melayu dalam satu masa.

Hal ini memberi kelebihan kepada PR kerana PAS akan berupaya menarik minat golongan beragama dalam PR. Hakikatnya sekarang, politik dan daya tarikan PAS semakin baik. Mereka bukan saja berjaya menarik golongan pondok atau beragama Islam saja. Mereka kini dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak dan intelektual. Sokongan lapisan muda juga lebih tertumpu kepada PAS. Kewujudan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada non muslim juga merupakan faktor penting kepada penerimaan rakyat Malaysia kepada PAS.

PR dikuatkan oleh PKR dan DAP yang berjaya menggabungkan ahli pelbagai kaum. Kelebihan ini tidak di punyai oleh UMNO dan BN. Tidak mustahil PR akan merampas dan menjejak kaki ke Putrajaya pada PRU13 nanti. Momentum yang di lontarkan oleh komponen PR pada PRU12 lepas nyata berkesan sehingga dapat membentuk 5 negeri dalam pentadbiran PR. Walaupun BN cuba merampas dengan cara yang jijik, tetapi semangat juang yang ditunjukkan komponen BN harus di puji. Kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam isu di Perak menunjukkan PR mempunyai setiakawan yang baik. Beberapa isu di negeri PR berjaya ditangani dengan baik hasil perbincangan dan kerjasama erat komponen PR. Syabas PR. Lebih manis lagi kalau pentas pimpinan PR itu turut di sertai oleh Pak Lah Badawi.

Suatu ketika, apabila Tun Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima,maka seronoklah orang- orang UMNO mengatakan Pak Lah keturunan ulamak. Mereka mengatakan, PAS tidak boleh bersuara lagi kerana keturunan ulamak yang memerintah negara. Media seperti TV, radio dan surat kahabar menyiarkan mengenai keperibadian Pak Lah dan mengaitkan beliau dengan datuk serta bapanya iaitu Sheikh Abdullah Pak Him dan Ahmad Badawi.

Pak Lah menggagaskan Islam Hadhari dalam pentadbirannya. Niat dan matlamat Pak Lah itu menunjukkan beliau mahu kepada amalan Islam tetapi jenamanya itu menyebabkan ia rosak. Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi sepatutnya bukan Islam Hadhari tetapi Hadharatul Islam iaitu tamadun Islam. Hal ini menunjukkan Pak Lah mahu kepada prinsip Islam dan tamadun Islam. Usaha Pak Lah itu tidak mencapai sasaran atau kesudahan kerana selepas PRU 12 lepas, beliau didesak oleh orang- orang UMNO termasuk Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Mungkin bukan sebab kekalahan PRU12 yang menjadi punca Pak lah didesak tetapi kerana nilai Islam yang Pak Lah cuba nak semai dalam pentadbirannya. Pak Lah juga begitu komited dalam memerangi rasuah. Apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah berikrar untuk memerangi rasauah dalam pentadbirannya. Beliau menukarkan BPR kepada SPRM untuk menaik taraf tugas memerangi rasuah. Tetapi, usaha beliau juga dilihat tidak sampai kepada kesudahannya. Usaha Pak Lah itu merupakan usaha yang baik walaupun kaedah perlaksanaannya dilihat agak cacat sedikit dan masih ada campur tangan politik UMNO dalam SPRM. Sepatutnya SPRM di letakkan di bawah parlimen seperti desakan pihak pembangkang. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO sebelum ini yang menyatakan akan memerangi rasuah dalaman UMNO dan kerajaan. Malah, Najib pun tidak berikrar memerangi rasuah.

Mungkin kerana komited beliau untuk memerangi rasuah menjadi punca orang- orang UMNO mendesak beliau untuk berundur. Siapa tahu? Pak Lah juga di lihat memberi perhatian kepada badan kehakiman. Beliau membuat beberapa pembaharuan untuk badan kehakiman. Beliau memberi Ex- Gratia kepada bekas- bekas Hakim Negara seperti Tun Salleh Abbas. Hal ini menunjukkan Pak Lah menyesal kerana sebelum ini kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir terlalu menindas kepada badan kehakiman. Semasa pentadbiran Pak Lah juga isu klip video Linggam terbongkar. Pak Lah seperti cuba membongkar salah laku kerajaan terdahulu keatas badan kehakiman.

Mungkin itu juga faktor orang- orang UMNO menolak kepimpinan Pak Lah. Kekalahan UMNO pada PRU 12 juga bukan saja terletak di bahu Pak Lah seorang saja. Mungkin terdapat pimpinan UMNO yang menyuruh penyokongnya memboikot PRU 12. Apabila BN kalah teruk, maka kekalahan tersebut dijadikan point untuk menyingkirkan Pak Lah. Jika orang- orang UMNO mahu menyingkirkan dengan menyatakan tentangan kepada Islam Hadhari, mereka pun tak tahu betul atau tidak Islam Hadhari itu. Kalau menolak dikatakan mereka menolak Islam pula. Dah mereka tak tahu bagaimana Islam sebenar. Maka mereka setuju saja.

Kalau mereka nak menentang pembanterasan rasuah, takut dikata mereka menyokong rasuah. Padahal mereka takut pada Pak Lah kalau- kalau amalan rasuah mereka itu di ketahui SPRM kerana Pak Lah berikrar mahu banteras rasuah. Mereka sendiri melihat hukuman yang telah dijatuhkan kepada Isa Samad akibat amalan rasuah dalam UMNO. Maka oleh itu, orang- orang UMNO ini menggunakan kekalahan PRU12 sebagai umpan untuk menyingkirkan Pak Lah. Mungkin orang UMNO sendiri boikot PRU12. Siapa tahu? Muhyidin juga bersuara pada ketika itu mendesak Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa. Rakyat sedia maklum pada pemilihan naib presiden UMNO terdahulu, Muhyidin pernah menang menjadi naib presiden tetapi akibat kes rasuah dalam UMNO maka tiba- tiba beliau tersingkir dan Pak Lah berjaya menjadi naib presiden UMNO.

Mungkin kerana sebab itu, Muhyidin juga turut mendesak Pak Lah. Takut kalau- kalau temberangnya pecah. Siapa tahu? Pak Lah harus sedar dengan segala kerenah orang UMNO kepada beliau. Kabinet Najib juga jelas menunjukkan boikot kepada penyokong Pak Lah. Peruntukan kerajaan kepada kawasan beliau juga ditarik. Seharusnya beliau mesti sedar. Usaha baik beliau seperti memerangi rasuah, mahu menerapkan nilai Islam, memperbaiki sistem kehakiman dan memberi kebebasan hak bersuara merupakan satu langkah yang murni. Tetapi kerana UMNO menolak beliau maka, usaha itu terbantut sama sekali.

Pak Lah mesti berjuang bersama- sama PR untuk membanteras rasuah dan membetulkankerosakan kepada pentadbiran kerajaan. Datuknya, Sheikh Abdullah Pak Him merupakan seorang ulamak yang mengasaskan PAS bersama- sama ustaz Ahmad Fuad Hassan dan lain- lain. Sheikh Abdullah Pak Him merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Bapanya, Hj Ahmad Badawi merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama. Hj Ahmad Badawi turut menganggotai AJK PAS di awal penubuhannya. Pak Lah mesti meneruskan perjuangan datuk dan bapanya itu. Sepatutnya Pak Lah bersama PAS dan PR.

SYABAS PAKATAN RAKYAT

Buat rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat telah melonjak ke depan dalam arena politik tanah air. Sebelum ini, parti- parti pembangkang pernah beberapa kali bergabung tapi tidak berdaftar. Pada tahun 1990, PAS di bawah presiden almarhum Dato’ Fadhil Mohd Noor telah bekerjasama dengan S46 pimpinan Ku Li yang merupakan serpihan UMNO. Kerjasama itu dinamakan Perpaduan Ummah. Hasil daripada kerjasama itu, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Datuk Nik Abdul Aziz menjadi Menteri besar Kelantan.
Pada pilihanraya seterusnya, PAS mempertahankan Kelantan. Kemudian S46 du bubarkan dan Ku Li bersama pengikutnya kembali kepada UMNO. Kemudian, parti pembangkang bekerjasama dengan nama Barisan Alternatif. Kerjasama ini antara PAS, DAP dan keADILan yang baru ditubuhkan dibawah pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Melalui kerjasama ini, pembangkang berjaya mempertahankan Kelantan dan menakluk Terengganu. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri besar Terengganu. Pembangkang juga berjaya mengurangkan majority di beberapa negeri seperti Kedah dan Perlis.
Kejayaan yang lebih manis apabila PAS ditakdirkan menjadi ketua pembangkang di parlimen. Kepetahan dan keunggulan pidato presiden PAS ketika itu di dengari di parlimen. Kemudian pada tahun 2004, parti- parti pembangkang seperti bergerak sendiri. BN menang besar selain merampas kembali Terengganu dan hamper menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Tahun 2008 menyaksikan kerjasama pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Hasilnya, lima buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat serta mengurang majority dua per tiga BN dalam parlimen.
Kini, pendaftaran Pakatan Rakyat akan membuka satu ruang yang lebih baik untuk pembangkang menakluk Negara dalam PRU13 nanti. Pakatan Rakyat boleh berkempen atas nama dan menggunakan bendera khas untuk Pakatan Rakyat. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Masihkah ada rasa simpati kepada rakyat. Perbezaan pendapatan antara pemimpin dan rakyat jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dalam kebajikan rakyat. Isu- isu seperti kenaikan harga minyak, barang dan kos sara diri merupakan satu bebanan kepada sebahagian rakyat. Kerajaan seperti tidak ambil peduli kepada masalah pendapatan rakyat. Kalau diukur kenaikan harga barang ini dengan gaji menteri atau pegawai kerajaan memanglah ia amat tidak membebankan rakyat. Tapi, jika di ukur gaji atau pendapatan rakyat yang bekerja sendiri, penoreh getah, tukang rumah, petani dan lain-lain maka kenaikan harga barang ini jelas membebankan rakyat. Kerajaan tidak ambil peduli kepada rakyat berpendapatan rendah.
Perjuangan kerajaan dalam membela rakyat masih terabai kerana sejak merdeka, negara makin maju dan gaji memteri makin meningkat manakala gaji segelintir rakyat masih seperti sediakala sehingga jarak perbezaan menteri dan rakyat itu amat jauh. Kita sedia maklum bahawa rakyat membayar cukai dan bayaran kepada pihak kerajaan dalam mentadbir negara. Segala pembangunan dijalankan. Bukan atas duit kerajaan itu, tetapi hasil daripada duit rakyat. Seharusnya, pembangunan tersebut dapat memberi peningkatan pendapatan kepada rakyat. Malangnya, kerajaan sekarang menggunakan duit tersebut ke jalan- jalan yang salah.
Pembaziran dalam sambutan kemerdekaan, acara hiburan terlampau yang tidak memberi manfaat kepada rakyat malah memberi kesan negatif kepada pemikiran rakyat. Sebaiknya acara seperti solat hajat, kempen akhlak Islam serta program Islamisasi ditingkatkan dengan menggunakan duit cukai dari rakyat. Program membentuk jati diri rakyat melalui keagamaan merupakan kaedah terbaik dalam mendidik rakyat. Hal ini sepatutnnya di beri bajet yang lebih besar.
Hasil judi negara kini menjangkau jutaan ringgit. Jumlah tersebut bukanlah angka yang kecil tetapi inilah hasil yang diagihkan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Hasil judi ini sebenarnya cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan daripada pengetahuan umum. Ia disembunyikan dibawah hasil kastam. Hasil judi ini disalurkan juga kepada sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan.
Maka, kerajaan kini menghidangkan hasil haram kepada rakyat. Kenapa perlu kerajaan membiarkan hasil judi ini menjadi makanan rakyat Malaysia sedangkan judi itu secara jelasnya salah di sisi Islam. Rakyat Malaysia majoriti beragama Islam. Menteri- menteri majoriti menganut agama Islam. Perdana menteri sejak merdeka terdiri daripada orang-orang Islam. Pegawai- pegawai kerajaan, majoriti penganut agama Islam. Kenapa judi seperti dihalalkan di Negara Malaysia sedangkan kerajaan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Kenapa?
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa retorik kerajan dalam membela rakyat terbukti sama sekali. ajaran Islam dan sensitiviti ummat Islam di pandang remeh dan enteng oleh kerajaan.sebahagian isi perlembagaan ditolak tepi dan mengambil isi perlembagaan yang memberi manfaat dan keuntungan kepada nafsu mereka sahaja.
Satu Malaysia, Islam diketepi, rakyat dibelakangi, utamakan nafsu sendiri. Itulah sebenarnya laungan yang patut dilontar oleh kerajaan untuk menggambarkan tingkah laku dan pentadbiran mereka kepada rakyat Malaysia. Rakyat bijak menilai, berikan yang terbaik demi Islam, demi bangsa, demi negara. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.