Wednesday, September 9, 2009

MENUNGGU JENAKA UMNO



Lepas saja pilihanraya kecil permatang pasir, kini menyusul pula pilihanraya kecil Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya. Setiap kali pilihanraya kecil, UMNO telah banyak menabur janji-janji manis kepada rakyat. Kononnya, kalau kawasan tersebut menjadi kawasan mereka, maka kawasan itu akan jadi anak emas kerajaan pusat. Pembangunan pesat akan dijalankan.. asyik-asyik dengan pembangunan material.itulah UMNO..JUMUD…KOLOT… memandang pembangunan hanya dari segi material.. mereka tak ada usaha untuk membangunkan jati diri rakyat atas dasar ISLAM… mereka takut, kalau tak terima Islam, tak terima ajaran Al-Quran, negara akan mundur.. tak ada pembangunan.. sungguh lucu..
UMNO mengaku mereka sebagai kerajaan pusat, tetapi mereka nak bangunkan kawasan hanya pilih sesetengah tempat. Itu pun tempat yang yang ada pilihanraya kecil. Kenapa jadi macam itu? Sebab mereka buat amal dan pembangunan dengan hati tak ikhlas..mereka ada muslihat politik.. kalau kita nak berpolitik,ikutlah cara Islam.. rujuk pada QURAN dan SUNNAH.
Kita nak tengok juga apa janji manis UMNO pada PRK Bagan Pinang kali ini. Sesuatu yang kelakarlah kalau mereka menjanjikan Bagan Pinang sebagai anak emas kerajaan pusat.. tapi mungkin tidak.. adakah mereka nak letakkan Isa Samad sebagai calon? Kemungkinan tidak kerana UMNO sudah belajar daripada PRK Kuala Terengganu dan Permatang Pasir.. kita sudah sedia maklum, Isa Samad mempunyai imej yang buruk.. kalau mereka meletakkan calon sebegini, nescaya betullah UMNO itu sudah NYANYUK dan bakal diKUBURkan… kita menunggu jenaka UMNO di Bagan Pinang
semoga Islam terus gemilang dan tetap tnggi menjulang!!

Tuesday, September 1, 2009

SIAPA LEBIH EKSTRIM?



PERNAHKAH ANDA INGAT UNGKAPAN-UNGKAPAN YANG TANPA DISEDARI BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH SESEORANG MUSLIM DIHAMBURKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO.
ANTARANYA: “ APA ERTI NEGARA ISLAM JIKA MUNDUR” (TUN PAK LAH). “MUNGKIN SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT SEBAB TIDAK CUKUP OKSIGEN UNTUK MENYERAP MASUK KE OTAK MEREKA” (TUN MAHATHIR). “ BAGAIMANA KITA BOLEH MAJU JIKA ORANG ISLAM SUDAH TIDAK ADA TANGAN DAN KAKI. BAGAIMANA MEREKA MAHU BERSAING DENGAN BANGSA LAIN KALAU SIFATNYA TIDAK CUKUP. HUKUM HUDUD TIDAK SESUAI DI NEGARA INI YANG MEMPUNYAI RAKYAT BERBILANG KAUM” (TUN MAHATHIR).
BEBERAPA HARI LALU, ADA AKHBAR YANG MENYATAKAN TOK GURU EKSTRIM MENYATAKAN DASAR YANG DIBAWA OLEH UMNO TIDAK AKAN MEMBAWA AHLINYA KE SYURGA. SAYA TIDAK TAHULAH BAGAIMANA KENYATAAN YANG DI KELUARKAN SENDIRI OLEH TOK GURU. TETAPI YANG PASTINYA DASAR UMNO ITU SENDIRI SUDAH TIDAK MENEPATI AL-QURAN DAN SUNNAH RASUL. BAGAIMANA NAK KATA PERJUANGAN UMNO ITU MENDAPAT REDHA ALLAH? SUDAH JELAS DASARNYA HANYA UNTUK BANGSA DAN MENOLAK HUKUM ALLAH. KALAU DAH TIDAK DAPAT REDHA ALLAH, BAGAIMANA NAK KE SYURGA.
ADA JUGA ANTARA ORANG AGAMA YANG MEMBIDAS TOK GURU. ANTARANYA MAJLIS FATWA. PIHAK MAJLIS FATWA TIDAK MENDAPAT PENJELASAN TOK GURU DAHULU SEBELUM FATWA ITU DI KELUARKAN. BAGAIMANA HAL INI BOLEH BERLAKU? MEREKA HANYALAH MENDAPAT MAKLUMAT DARI MEDIA PERDANA. MEDI PERDANA INI SEPERTI KITA KETAHUI HANY MENYEBELAHI PIHAK UMNO SAHAJA. KITA JUGA SEDIA MAKLUM DENGAN SIKAP BIADAP UMNO, JIKA ADA KES BARULAH DIRUJUK MAJLIS FATWA. SEBELUM MEREKA BERTINDAK ATAU MELAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA, TIDAK DIRUJUK KEPADA MAJLIS FATWA. INGAT PERISTIWA MEMALI? LEPAS TERBUNUHNYA ORANG PAS, BARULAH DIRUJUK MAJLIS FATWA.
ADA JUGA MUFTI YANG MENYATAKAN TIADA NAS AL-QURAN DALAM ISU INI. MUFTI YANG SEORANG INI LAGI TERUK. DIA MEMPUNYAI ILMU TETAPI MENYEMBUNYIKAN. INGATLAH ALLAH. UMNO PUN RUJUKLAH MUFTI INI SEBAB KENYATAN DIA MENYEBELAHI UMNO.
SEBENARNYA, POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN KERANA SIFAT ISLAM ITU SYUMUL. NABI S.A.W JUGA MENJADI KETUA NEGARA. TETAPI AJARAN ISLAM DI AMALKAN DALAM POLITIK BAGINDA. KENAPA UMNO NAK PISAHKAN POLITIK DAN ISLAM. MENJADI SESUATU PERKARA YANG PELIK. JIKA UMNO MENGIKUT ISLAM SEKALIPUN, MEREKA TIDAK AKAN RUGI MALAH BERTAMBAH UNTUNG. INI SEMUA HANYA KERANA NAFSU UMNO DAN PENGARUH PENJAJAH. MUNGKIN JUGA FREEMASON? PERLU JUGA UNTUK KITA SAMA-SAMA KAJI…….

SIAPA KHIANAT BANGSA?

SEJAK KEBELAKANGAN INI BERBAGAI ISU YANG TIMBUL. ISU YANG LEBIH MENARIK PERHATIAN SAYA IALAH ISU PENGKHIANA BANGSA. SEBENARNYA, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA? ADA YANG MENGATAKAN ANWAR IBRAHIM ITU PENGKHIANAT.. BETUL KE? ISU INI TIMBUL TATKALA SEMASA PILIHAN RAYA PERMATANG PASIR KIAN HAMPIR. ISU YANG DIMAINKAN OLEH SI RAKUS IALAH TIDAK MENEPATI FOKUS. ISU ITU HANYA BERBALIK KEPADA MEREKA.
JIKA DILIHAT SEMULA KEPADA BEBERAPA PERUBAHAN YANG DIBAWA SELEPAS SI UBAN MENJADI KETUA KERAJAAN, BERBAGAI PERUBAHAN YANG TELAH MENGHAPUSKAN HAK ORANG MELAYU. DASAR EKONOMI BARU (DEB) SEOLAH-OLAH DI CARIK-CARIK DAN DIBUANG KEDALAM TONG SAMPAH. SI UBAN MENGHAPUSKAN KEMENTERIAN YANG DAPAT MEMBANTU USAHAWAN MELAYU. BAGAIMANA NAK KATA SI UBAN BOLEH BANTU MELAYU? SUBSIDI ORANG MELAYU SEPERTI DITARIK BALIK. SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR?
NAK TAHU TANYALAH PADA SI GEMPAL. SELEPAS KETAJAMAN NADANYA MENJATUHKAN SANG HADHARI,KINI MUNGKIN DIA MENGATUR LANGKAH UNTUK MENJATUHKAN SI UBAN. SI GEMPAL NI TAK HABIS-HABIS MENYERANG PIHAK MENEGAK KEBENARAN. TARINGNYA MULA KELIHATAN.

Sunday, August 30, 2009

SIAPA PEJUANG KEMERDEKAAN??


Menelusuri ranjau perjuangan kemerdekaan adalah satu detik atau masa yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Satu zaman yang mencabar kekentalan hidup. Bagi sang pejuang, segala liku atau kepahitan itu adalah satu kemestian untuk mendapatkan kehidupan yang lebih senang, bebas dari penjajahan dan mengambil hak tanah air demi generasi dan keturunan akan datang.
Bagi kita sebagai generasi yang telah menghirup udara kemerdekaan hasil titik peluh pejuang dahulu harus bersyukur dan mengisi kemerdekaan ini dengan penuh berhikmat. Adakah kita kenal siapa pejuang kemerdekaan atau kita hanya sekadar hidup tanpa mengambil tahu siapa mereka? Siapa pejuang sebenar dan siapa yang menjadi ‘wakil british’? inilah yang harus kita sedar. Kita bukanlah satu golongan yang mudah di bohongi atau dikaburkan fakta sejarah oleh pihak yang hanya mementingkan pangkat dan sekularisme. Siapa pejuang sebenar??
Berbicara tentang sejarah kemerdekaan negara, maka nama Dr. Burhanuddin Al-Helmi tidak boleh dikesampingkan begitu saja dari peta perjuangan kemerdekaan negara. Kerana apa? Kerana tokoh inilah pejuang sebenar yang telah diketepikan dari fakta sebenar. Inilah satu jenayah besar yang telah dimanipulasikan oleh kroni-kroni dan ‘pewaris British’. Mereka menyatakan bahawa merekalah pejuang sebenar dan membela bangsa melayu, padahal mereka hanya menjadi ‘budak suruhan’ penjajah.
Komitmen Dr.Burhanuddin terhadap perjuangan Islam dan semangat anti colonial amat subur menunjangi aliran dan halatuju perjuangan beliau. Beliau amat segar dengan idea-idea Islam dan rasa kenusantaraan.beliau sering memuntahkan idea MelayuRaya iaitu gabungan Malaya dan Indonesia yang bebas dari dominasi emperialis Barat. Maka, tidak hairanlah penjajah British dan proksinya amat takut kepada beliau.
Dalam tahun 1950an beliau memimpin orang-orang melayu dan menaikkan semangat Islam menentang ketidakadilan undang-undang british terhadap Peristiwa Natrah. Reaksi massa yang timbul begitu menyeluruh dan emosional memaksa British menangkap beliau bersama Taha Kalu dan mengharamkan akhbar ‘Melayu Raya’ yang menjadi lidah bicara beliau kepada masyarakat Malaya dan Singapura. Orang-orang yang dianggap sebagai pejuang negara kini timbul setelah golongan seperti Dr.Burhanuddin ditangkap oleh British.
Kelompongan pada waktu pejuang sebenar ini ditahan telah diisi oleh proksi British untuk menunjukkan bahawa puak inilah pejuang kemerdekaan. Mereka mengenepikan pejuang seperti Dr.Burhanuddin setelah beliau melakukan dan menaikkan semangat orang melayu untuk berjuang. Mengapa mereka menolak dan menafikan Dr.Burhanuddin sebagai pejuang sebenar? Kerana beliau berjiwa Islamik dan memperjuangkan dasar-dasar Islam dalam wadah perjuangan. Tetapi golongan yang mendakwa bahawa mereka adalah pejuang hanya memperjuangkan Melayu semata-mata dan menggunakan system hidup sekular dalam mentadbir negara. Seharusnya kita sebagai generasi pelapis yang mengisi kemerdekaan janganlah mudah percaya kepada omongan golongan ini kerana sejarah sebenar telah diubah. Kita mesti kaji dan meneliti sejarah tersebut.

MENGENANG USTAZ FADHIL NOOR


Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor merupakan seorang bekas pemimpin Jemaah Islam di Malaysia. Beliau menjadi presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dari tahun 1989 hingga tahun 2002. Sepanjang tempoh itu, pelbagai rintangan dan fitnah telah di lemparkan kepada PAS. Tetapi dengan ketajaman minda dan keikhlasan hati memperjuangkan Islam, beliau dapat menangkis segala tohmahan yang di lemparkan oleh UMNO dan sekutunya.
Ustaz Fadhil Noor adalah seorang yang hebat dari segi strategi.Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum suka bereksperimen dan tidak gopoh berdepan kesulitan. Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan.
Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar. Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: “Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam.”
Lebih awal dari itu, selepas Allahyarham Datuk Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi “PAS baru”. Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci. Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil.
Ustaz Fadhil noor menjadi timbalan dan tonggak utama dalam mengemudi PAS mengharungi zaman kekejaman Mahathir. Ramai ulama dan pemimpin PAS di tahan dalam Operasi Lalang. Ada orang pas yang dibunuh, pejabat Pas di pecah, pemimpin Pas di tangkap, dipenjara. semua itu dapat beliau tangkis. Dalam tahun 1990, PAS berjaya menawan kembali Kelantan. Tidak dapat dinafikan, Ustaz Fadhil merupakan orang yang melakar kejayaan menakluk negeri Kelantan. Persahabatan yang di hulurkan kepada S46 telah menyebabkan UMNO di bawah pimpinan liberalism dan sekularime Mahathir tersungkur lebur.
Perlu di ingat, kejayaan PR pada Mac 2008 juga adalah disebabkan titik mula yang diletakkan oleh Almarhum pada tahun 1998. Beliau membantu PKR untuk bangkit dan berada dalam arena politik tanah air. Beliau telah sama-sama menubuhkan GERAK dan GMI.
Pada 23 jun 2002, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor telah pergi menghadap Ilahi.Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit jantung. Keadaan penuh sesak kerana semua berebut untuk mengangkat jenazah beliau. Jenazah Almarhum di terbangkan ke Kedah. Kemudian dibawa ke Pokok Sena. Jalan raya menjadi sesak kerana setiap orang mahu memberi penghormatan kepada beliau. Jenazah Almarhum di semadikan di Madrasah Darul Ulum Pokok Sena. -Al-Fatihah.-

Wednesday, June 17, 2009

MARILAH BERJUANG, WAHAI PEJUANG

Salam perpaduan salam perjuangan. Buat sahabat-sahabat seangkatan yang sama-sama berjuang untuk memastikan tertegaknya Islam sebagai Ad-Din iaitu satu jalan hidup yang syumul mengikut syariat dan kehendak Allah sepertimana yang di ajarkan oleh Rasul junjungan besar.
Sebagai seorang muslim semestinya kita percaya bahawa manusia ini diciptakan Allah dan mempunyai tujuan hidup. Jika dilihat dalam waktu sekarang, hidup manusia dan keadaan seluruh dunia menjadi tidak menentu dengan keadaan ekonomi, malapetaka, pelbagai penyakit, alam sekitar dan sebagainya telah membimbangkan kita. Hal ini berlaku kerana keadaan manusia itu sendiri yang telan keluar dari hal kebiasaan atau tabii. Manusia menggunakan cara hidup yang diciptakan sendiri oleh mereka. Undang-undang dan peraturan yang ditentukan Allah telah diabaikan. Merka tidak mengambil Al-Quran sebagai panduan hidup.
Kembalilah kepada Islam dan bergabunglah dalam jemaah yang merperjuangkan Islam. Tinggalkanlah sekularisme dan semangat assobiyyah kerana perjuangan itu tidak akan lama dan tiada hala tuju. Marilah kita semua bergabung tenaga mengejar dan menggapai janji-janji Allah. Andainya kita gugur dalam landasan ini, nescaya kita ditempatkan bersama orang-orangyang soleh. InsyaAllah. Janganlah kita keluar dari perjuangan ini.
Bersabarlah menempuh mehnah ini kerana perjuangan ini sentiasa ditaburi dengan duri dan akan melalui jalan berliku. Biarlah kita mengorbankan diri untuk Islam. tidak mudah untuk mencapai kemenangan itu. Ombak badai datang silih berganti. Hanya orang yang cekal sahaja yang mampu mendayung sampan untuk sampai ke pelabuhan. Kepada mereka yang tersilaplangkah akan karam ditengah lautan menggila. Berdoalah agar kita diberi kekuatan itu.
Harga syurga tidak murah. Kita perlu membelinya dengan perjuangan ini. Hanya yang mampu saja dapat membelinya. Hari ini kita berusaha agar esok kita tidak berduka. Mengharungi cabaran ini memang pahit. Tetapi itulah hakikat perjuangan.

MAHASISWA DAN POLITIK


MAHASISWA DAN POLITIK

Salam perjuangan. Dalam menyusuri perjuangan mahasiswa dalam mendepani segala isu masyarakat dan negara kita sejak sekian lamanya, terlalu banyak ranjau dan onak duri yang telah ditempuhi oleh golongan ini. Sehingga pihak pemerintah atau kerajaan pusat melalui kementerian pendidikan telah menggubal satu akta iaitu AUKU untuk mengekang kemaraan dan gelombang kebangkitan mahasiswa. Golongan mahasiswa dalam tahun 60an dan 70an menjadi semakin agresif dan seakan-akan menjadi pembangkang kepada kerajaan. Golongan ini telah memperjuangkan kebajikan rakyat seperti di Baling. Ramai pemimpin mahasiswa pada waktu itu telah ditangkap dan dihumban kedalam ISA iaitu satu akta yang telah digubal untuk menangkap pengganas komunis dan orang-orang yang boleh mengancam keselamatan negara. Golongan mahasiswa ketika itu telah menggerunkan pihak kerajaan andainya golongan ini terus bersuarakerana mereka merupakan golongan bijak pandai yang berjuang dengan fakta dan kajian. Kerajaan menggunakan AUKU kerana takut kepada pengaruh mahasiswa ketika itu.

Dalam tahun 80an,80an hingga kini, suara mahasiswa seakan-akan tenggelam. Mereka seolah-olah takut kepada AUKU. Tidak berani untuk menghadapi isu-isu sensitif. Kerajaan pula menggertak mahasiswa dengan akta mereka melalui HEP. Sebenarnya, mahasiswa dan politik tidak boleh dipisahkan kerana politik itu sendiri mengajar mahasiswa untuk berdiri dengan lebih ampuh. Contohnya, persatuan dan kelab di universiti telah melibatkan mahasiswa kepada politik dikampus. Politi mengajar mahasiswa untu berorganisasi dan menguruskan sesebuah organisasi. Tidak dinafikan, setiap universiti mempunyai majlis perwakilan pelajar. Disinilah salah satu tempat yang telah dibuka HEP untuk mahasiswa berpolitik.

Penglibatan dan sikap ambil tahu mahasiswa kepada politik negara amat wajar kerana dengan cara begitulah membolehkan mahasiswa mengetahui situasi negara sama ada sosial atau ekonomi. Ekonomi dan sosial negara bergantung kepada politik negara kerana politiklah yang menentukan masa depan negara dan pemerintah. Mahasiswa merupakan golongan harapan masa depan negara untuk menjadi pemimpin. Oleh itu amat wajar sekali kalau mahasiswa diberi ruang yang lebih luas untuk melibatkan diri dalam politik negara. Kerajaan kini menyekat suara mahasiswa dan penglibatan mahasiswa dalam politik tanahair. Kerana apa? Kerana kerajaan takut mereka tumbang kepada mahasiswa.

Seharusnya kerajaan sedar dan mempertimbangkan suara-suara mahasiswa. Bukan menyekat mereka dengan AUKU. Hal ini telah melemahkan mahasiswa sejak kenelakangan ini. Tetapi kerajaan harus ingat bahawa mahasiswa selepas ini tidak akan gentar dan takut kepada gertakan kerajaan kerana mahasiswa telah bangun bersama ketinggian Islam. mereka kini berjuang dalam memartabatkan Islam. mereka percaya bahawa perjuangan Islam akan terus kekal dan ALLAH menolong orang yang berjuang membantu agamaNya. Mereka percaya bahawa rezeki bukan terletak pada kerajaan. Mereka kini telah meninggalkan benih-benih perjuangan yang tidak mungkin dapat dipadamkan oleh kerajaan.kepada mahasiswa, ayuhlah terus melangkah mendaulatkan Islam. semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.